IPOH: Ramai yang mengeluh mengatakan buah durian kini hanya mampu dilihat dan dihidu tetapi tidak mampu dinikmati kerana harganya yang terlalu tinggi di pasaran.
Tidak hairanlah mengapa ramai yang beranggapan raja buah itu dijual pada harga kayangan - baik daripada durian jenis Musang King, Udang Merah mahupun Kampung.
Persoalan utama di sini ialah mengapa orang ramai khususnya generasi muda tidak mengambil inisiatif untuk mula menanam sendiri pokok durian?
Malah, difahamkan proses penanamannya kini tidak serumit dahulu, ditambah pula dengan inovasi dan bantuan daripada agensi berkaitan.
Perkara itu turut mendapat maklum balas daripada Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Hang Tuah Baharudin.
Ujarnya, tanaman durian kini mampu menjadi sumber pendapatan yang lumayan khususnya ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.
"Kita nak menggalakkan generasi muda untuk mula tanam durian, kalau dulu zaman datuk dan nenek kita boleh buat tapi mengapa sekarang tidak boleh?
"Sekarang ini seolah-olah kita pula kena beli dengan orang lain, dahulu durian ini berlebih-lebih sampai tak larat nak makan.
"Kalau dahulu kita ada banyak pokok durian dan hasilnya, tetapi sekarang kita mengeluh sebab katanya harga durian kayangan. Kita tidak boleh salahkan orang lain dengan apa yang berlaku," katanya pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika program pelancaran secara dalam talian program Fenomena e-Durian anjuran Institut Agro Usahawan (iGROW) dengan kerjasama Pusat Hubungan dan Jaringan Industri UPM dan Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia (TPU).
Dalam pada itu Hang Tuah turut menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan nasihat daripada pihak tertentu sebelum mahu menanam pokok tersebut.
"Salah satu usaha yang kita mahu buat ialah memupuk kesedaran orang ramai untuk tanam durian.
"Durian jenis baka baharu ini tidak perlu masa yang lama untuk hasilnya.
"Janganlah guna konsep 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai. Sebab itu kita selalu tekankan cara tanaman moden, yang lebih mudah dan sesuai," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif iGROW, Nordin Abdul Malek berkata, penanaman pokok durian itu bukan hanya untuk dinikmati semata-mata, tetapi boleh dijadikan industri hiliran.
Tambahnya, pokok itu juga boleh ditanam di kawasan perumahan berikutan saiznya yang tidak sebesar dahulu.
"Kita kembali galakkan tanaman durian, kalau kawasan perumahan yang ada ruang seperti corner lot sekalipun.. boleh!
"Sekarang ini bukan semua pokok durian berbuah dengan pokok yang besar susulan teknologi yang ada, sebab itu penting untuk kita anjurkan kempen sebegini," katanya lagi.
Nordin berkata, antara objektif program ini seperti memupuk minat dan kesedaran masyarakat terhadap peranan dan potensi durian sebagai tanaman makanan tempatan dan pasaran eksport.
Selain mendedahkan teknologi dan teknik pengurusan dusun, anak benih, penjagaan, lepas tuai dan jualan.
Program ini berlangsung dari 28 Jun hingga 15 Ogos depan.
Menurut Nordin, antara aktiviti yang dijalankan termasuk kursus asas teknologi penanaman durian secara dalam talian, jualan anak pokok durian pelbagai jenis, serta pendaftaran pembekal untuk jualan produk durian.
Aida Aziz
Tue Jun 29 2021
Prof Hang Tuah turut menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan nasihat daripada pihak tertentu sebelum mahu menanam pokok tersebut. - http://psasir.upm.edu.my/ & BERNAMA
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Misi Break the Siege of Gaza: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan melihat situasi dan keadaan semasa.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Johor akan bangunkan pusat pengumpulan durian atasi jangkaan lambakan
Lambakan itu dijangka berlaku berikutan penanaman durian berskala besar yang dilakukan pekebun sejak beberapa tahun lepas.
Jualan durian meningkat dalam Shopee Live di Singapura
Penjual durian di Shopee mencatat jumlah tontonan dan pesanan harian yang tinggi di Shopee Live, yang menyumbang kepada lebih 50 peratus daripada keseluruhan jualan mereka musim ini.
Durian Pak Yas 'lubuk' peminat raja buah
Ilyas sering tidak menang tangan apabila tiba musim durian kerana pengunjung dari dalam dan luar negara akan tertumpu ke kedainya.
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
Jual sebakul durian Musang King serendah RM50
Lambakan durian pada musim kali ini membuatkan raja buah itu dijual pada harga berpatutan dan sekali gus mampu dibeli semua golongan.
KPKM sedang berunding dengan GACC untuk tembusi pasaran durian segar ke China
KPKM dan Jabatan Pertanian sedang dalam proses untuk mengadakan rundingan dengan GACC bagi mendapatkan akses pasaran durian segar ke China.
Orang ramai harap harga durian turun tahun ini
Permintaan terhadap buah itu di peringkat antarabangsa bakal terkesan kerana terdapat negara yang telah mula memasarkan durian sendiri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
China keluarkan durian Jun ini, pengusaha tempatan bakal terjejas
Tahun 2023 akan menjadi tahun yang digeruni oleh pengusaha durian tempatan apabila media melaporkan China akan mengeluarkan keluaran pertama raja buah itu pada Jun depan.
Perkhidmatan kereta api China-Laos bantu permudahkan eksport durian Thailand ke China
Thailand Royal Farm Group Co, Ltd telah menjalankan perniagaan eksport durian di Wilayah Chanthaburi, lokasi pengeluar durian terkenal Thailand, selama lebih 16 tahun.