ALOR SETAR: Projek tanaman sayur dan buah-buahan yang diusahakan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar sejak setahun lalu, kini sudah mula membuahkan hasil.
Projek yang diberi nama ‘Dusun Dalam Bandar’ diusahakan oleh 70 anggota mengikut syif di atas tanah seluas 0.5 hektar terletak di belakang balai.
Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, projek pertanian ini dilakukan pada ketika waktu lapang dan jika tiada operasi.
Menurutnya, aktiviti pertanian ini memberi peluang kepada anggota yang sudah berusia dan tidak mampu menyertai aktiviti latihan kecerdasan dan dengan cara ini dapat mengeluarkan peluh.
"Aktiviti tanaman ini tidak dilakukan waktu berkerja ia dilakukan sewaktu selepas berkerja sebagai contoh syif bertugas habis jam 8 pagi jadi mereka akan masuk ke kawasan ladang ini dan berkebun lah ataupun kepada mereka-mereka yang kurang berkemapuan sewaktu melaksanakan tugas harian mereka akan lakukan aktiviti ini bagi menggantikan latihan fizikal yang kadangkalanya agak lasak di sesi pagi dan petang," kata Naufal.
Antara tanaman yang diusahakan antaranya pelbagai jenis pokok pisang, nangka, durian, manggis dan buah tin.
Tidak ketinggalan serai, ubi kayu, lengkuas, petola, dan buah Markisa yang masing-masing sudah mengeluarkan hasil.
Seorang anggota, Ahmad Fadzali Murad, 57, berkata, aktiviti pertanian ini memberi peluang untuk mereka membuat persediaan sebelum persaraan.
Katanya, menerusi aktiviti ini, mereka juga dapat belajar dan berkongsi ilmu berkaitan tanaman seperti pembajaan, kawalan dari makhluk perosak dan nutrisi pokok.
"Sebelum ini ada orang bandar yang tidak tahu berkebun, tidak pernah bercucuk tanam... macam saya orang kampung pandai lah juga serba sedikit. Ada juga anggota kita yang ada diploma pertanian jadi kita boleh rujuk dengan mereka yang lebih mahir," ujarnya.
Sementara itu, bagi Mohamad Haries Ismadi, 29, hasil tuaian tanaman ini akan dijual kepada penduduk sekitar ataupun peniaga.
Katanya, menerusi duit jualan ini mereka akan memasukan ke dalam tabung kelab dan balai bagi menjalankan aktiviti lain.
"(Hasil) buah-buahan pula, ada ketika kita bagi kepada anggota jika anggota tidak mahu kita ada tempat untuk kita jual macam tebu kita jual kepada penjual air tebu.
"Pisang ini pun kita jual pada orang yang buat kuih dalam setandan ini kita boleh dapat dalam RM20 boleh jana pendapatan kepada balai bomba," katanya.
Selain tanaman, anggota di sini turut memelihara 300 ekor ikan talapia merah di dalam kolam di bahagian belakang balai.
Ikan talapia merah yang dipelihara di sini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di mana selepas dua atau tiga bulan kemudian, ia sudah mampu dijual.
Sepanjang tahun lalu, BBP Alor Setar mencatatkan rekod apabila hampir 10,000 pengunjung termasuk pelajar sekolah, murid tadika, orang perseorangan serta agensi swasta dan kerajaan datang ke balai itu untuk lawatan termasuk melihat projek pertanian yang diusahakan mereka.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 06 2024
Seorang anggota bomba membersihkan dusun dalam bandar yang diusahakannya bersama-sama rakan-rakan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar. - Gambar Astro AWANI
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Dusun dalam bandar 'Abang Bomba'
Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar rintis usaha tanam sayur-sayuran dan buah-buahan di atas tanah seluas 0.5 hektar terletak di belakang balai.
Kunci mangga hilang, panggil bomba
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke Mahkamah Alor Setar, di Jalan Suka Menanti untuk memotong mangga lokap yang terkunci.