KUALA LUMPUR: Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters mengiktiraf komitmen Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menerajui transisi tenaga Malaysia selaras Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG) menerusi penubuhan Pusat Tenaga Nasional (NEC) yang pertama untuk negara ini tidak lama lagi.
UNITEN dalam kenyataan semalam berkata McFeeters yang berkongsi aspirasi dan pandangannya dalam suatu sesi libat urus di kampus UNITEN di Putrajaya pada Khamis, berkata Malaysia mampu menerajui inisiatif tenaga bagi masa depan yang mampan demi generasi akan datang, menerusi kolaborasi bersama pelbagai pihak berkepentingan.
"Negeri-negeri di Malaysia, sebagai penjaga tanah, memainkan peranan penting dalam memutuskan untuk memelihara dan memulihkan hutan-hutan, hutan paya dan tanah gambut Malaysia, setiap satunya sangat penting dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau," katanya.
Dalam sesi libat urus itu bertajuk 'Climate Action Now: Taking Initiatives to Combat the Climate Crisis', beliau turut berbual dengan para pelajar dan kakitangan UNITEN dan beliau kagum dengan pengurusan universiti yang menerajui pendidikan tinggi dalam transisi tenaga di negara ini, selain kebolehpasaran tinggi lulusan dihasilkan universiti itu.
Naib Canselor UNITEN Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata penubuhan NEC di bawah UNITEN bertujuan untuk mewujudkan Rangka Kerja Tenaga Kebangsaan Strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga.
Menurut Noor Azuan ini akan turut memberi peluang kepada pemain industri untuk menjadi rakan strategik dengan membuka cawangan atau makmal inkubator satelit di pusat tenaga itu.
Beliau berkata ia dijangka memberi manfaat kepada Malaysia dan negara serantau sekitarnya dalam menyediakan penyelesaian teknologi bagi transisi tenaga dalam usaha meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharu dan menangani pengeluaran karbon.
"Dalam pada kita menuju ke arah pengeluaran sifar bersih menjelang 2050, negara kita menyasarkan untuk menjadi Negara Rendah Karbon menjelang 2040 seperti diketengahkan dalam Dasar Tenaga Negara terkini (2022-2040).
"Ini memerlukan Malaysia untuk membangunkan suatu sistem tenaga mampan berdasarkan tenaga boleh diperbaharui lebih tinggi yang juga termasuk peningkatan keberkesanan tenaga dan peningkatan dalam bahan api rendah karbon, termasuk gas asli cecair (LNG) dan biodiesel," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Noor Azuan (kanan) mewakili UNITEN memeterai perjanjian dengan Prof Steve Hall, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, Central Queensland University, di Kuala Lumpur, 26 Mei 2023. - Foto UNITEN

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Duta AS ke Malaysia kagum kesiapsiagaan UNITEN terajui transisi tenaga negara
Malaysia mampu menerajui inisiatif tenaga bagi masa depan yang mampan demi generasi akan datang, menerusi kolaborasi dengan pelbagai pihak.

Atasi jenayah kecurian kenderaan, UNITEN, Globe Resources bangunkan ScanKod
Jenayah kecurian menggunakan kaedah konvensional seperti mengubahsuai kenderaan atau plat pendaftaran dapat dielakkan.

Food Bank Wakaf Rahmah Uniten dilancar, manfaat 1,000 pelajar
Program itu juga merupakan kesinambungan daripada program Food Bank Siswa yang dilaksanakan kementerian sejak Februari 2019.

Profesor Uniten disenarai saintis paling berpengaruh di dunia
Profesor Dr M A Hannan mendapat pengiktirafan daripada Clarivate Analytics melalui laporan Highly Cited Researchers' 2022.

UNITEN tubuhkan pusat kecemerlangan tenaga peringkat nasional bertaraf antarabangsa bagi memperkasa peralihan tenaga
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menubuhkan Pusat Tenaga Nasional (National Energy Centre -NEC).

'Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan
Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Lelaki maut, isteri cedera kereta bertembung di Pekan
Dalam kemalangan pada pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa Rusli Hamid, 52, yang bekerja sendiri, disahkan meninggal di tempat kejadian yang terletak berhampiran IKBN Paloh Hinai.

Dera: 4 mahasiswa Uniten dibebas sambung pengajian minggu depan - Naib Canselor
Naib Canselor Uniten Prof Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata mahasiswa terbabit telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Siri tweet pelajar UNITEN sebelum ajal undang sebak
Allahyarham Haziq seolah-olah dapat merasakan masanya untuk 'pergi' sudah hampir tiba.

Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015
Industri ICT dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.