awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Malaysia di Chile dirompak, keluarga diugut bunuh dan dikerat telinga - Laporan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
13/06/2017
02:21 MYT
Duta Malaysia di Chile dirompak, keluarga diugut bunuh dan dikerat telinga - Laporan
Menurut Portal Biobiochile.cl lima individu dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak duta terbabit. - Foto portal Biobiochile.cl
Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr. Mohamad Rameez Yahaya dilaporkan mengalami kerugian selepas dilaporkan dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.
Kejadian berlaku pada jam 11.15 malam Ahad waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia).
Menurut portal Biobiochile.cl yang berbahasa Sepanyol lima individu dipercayai warga tempatan memasuki rumah berkenaan dan mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.
"Mereka memukul kepala dan ikat tangan saya. Mereka juga mengugut untuk memotong telinga isteri saya, " ujar Dr. Mohamad Rameez dalam sidang media, beberapa jam selepas insiden.
"Mereka juga mengambil kesemua barang kemas anak-anak saya dan meminta sejumlah wang. Jika enggan, mereka akan membunuh anak saya," tambahnya lagi.
Perompak tersebut turut mengambil barang kemas milik isterinya.
Beliau juga memberitahu, keluarganya mengalami trauma namun bersyukur semuanya dalam keadaan selamat.
Sementara itu pihak berkuasa Chile menjalankan siasatan termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan.
Dr. Mohamad Rameez pada masa sama meminta tahap keselamatan di Chile dipertingkat.
Pihak Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dari Wisma Putra berhubung insiden terbabit.
Topic Berkaitan
#CCTV
#Chile
#Duta Malaysia
#rompak
#siasatan
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan