Skip to main content

Malaysia

Duta Palestin rakam penghargaan kepada kerajaan, rakyat Malaysia

Menerima kunjungan hormat daripada TYT Jehad Fouad Alqdra, Duta Besar Palestin ke Malaysia yang baharu di Wisma Putra tengahari tadi. -- FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Penghargaan tersebut disampaikan Alqdra ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra, pada Khamis. - Facebook Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

KUALA LUMPUR: Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Malaysia atas sokongan serta usaha berterusan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin. 

Penghargaan tersebut disampaikan Alqdra ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra, pada Khamis.

Advertisement

Mohamad berkongsi mengenai kunjungan itu menerusi hantaran di Facebook.

“Kami berbincang berkenaan situasi terkini di Gaza dan perkembangan semasa di Asia Barat, termasuk usaha berterusan ke arah keamanan dan kestabilan di rantau tersebut,” kata Mohamad.

Pada 29 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesir telah memberikan jaminan dan komitmen jelas untuk mempermudah penyaluran 374 tan bantuan kemanusiaan dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza melalui pintu sempadan Rafah bermula bulan ini. 

-- BERNAMA

Must Watch Video