awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-dompet antara syarikat perbaharui lesen peniaga pasar tani dan pasar awam Putrajaya

Bernama
Bernama
06/04/2021
14:21 MYT
E-dompet antara syarikat perbaharui lesen peniaga pasar tani dan pasar awam Putrajaya
Rosol berkata pihaknya menyasarkan 12,844 peniaga di 306 pasar tani dan pasar awam seluruh negara akan menggunakan kemudahan e-dompet, selaras digitalisasi era baharu dalam perniagaan. - Gambar fail/ BERNAMA
PUTRAJAYA: Penggunaan e-dompet akan menjadi salah satu syarat untuk memperbaharui lesen peniaga pasar tani dan pasar awam di Putrajaya tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata pihak Perbadanan Putrajaya akan meletakkan syarat berkenaan dalam masa terdekat bagi menggalakkan peniaga beralih kepada kaedah menerima pembayaran dalam bentuk digital.
Menurutnya, ia adalah sebahagian daripada kerangka Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang dilaksanakan dalam dua fasa, dengan fasa pertama melibatkan Putrajaya manakala fasa kedua diperluaskan ke seluruh negara pada Mei ini.
ReDI merupakan kerjasama antara Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta, antaranya Maybank dan Touch n Go.
Dalam sidang media selepas melancarkan ReDI di Pasar Tani Presint 2 di sini hari ini, Rosol berkata kaji selidik KPDNHEP mendapati tahap penerimaan e-dompet dalam kalangan peniaga pasar tani dan pasar awam di Putrajaya adalah sebanyak 50 peratus.
"Kita (KPDNHEP) percaya dengan usaha 'onboarding' yang telah dan sedang digerakkan, Putrajaya akan mencapai peratusan melebihi 90 peratus menjelang hujung tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, Rosol berkata pihaknya menyasarkan 12,844 peniaga di 306 pasar tani dan pasar awam seluruh negara akan menggunakan kemudahan e-dompet, selaras digitalisasi era baharu dalam perniagaan.
Bagi memastikan sasaran itu tercapai, beliau mengalu-alukan kerjasama strategik antara KPDNHEP bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Sasaran tahun ini adalah memastikan 100 pasar tani dan pasar awam menyediakan kemudahan e-wallet," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga
#KPDNHEP
#pbt
#FAMA
#e-dompet
#pasar tani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan