awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tarif 25 peratus AS ke atas negara rakan dagang Iran satu penjajahan - Mohamad Hasan
Hotel digesa patuhi amalan terbaik industri bagi melindungi imej Malaysia
Indonesia bayar gaji hari kepada petani pulihkan sawah padi di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-mel ugutan video AI, polis Johor sahkan terima laporan Ahli Parlimen Tebrau

Bernama
Bernama
16/09/2025
07:20 MYT
E-mel ugutan video AI, polis Johor sahkan terima laporan Ahli Parlimen Tebrau
Puah (gambar) menyifatkan penyalahgunaan teknologi AI sebagai trend berbahaya. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan menerima laporan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse yang mendakwa diugut melalui e-mel berhubung video lucah palsu menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan tuntutan hampir RM470,000.

Ringkasan AI
  • Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah membuat laporan polis selepas menerima ugutan melalui e-mel yang menuntut bayaran USD100,000 (kira-kira RM470,000) untuk mengelak penyebaran video lucah palsu berasaskan teknologi AI (deepfake).
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, manakala Puah menegaskan imej tersebut palsu dan akan membuat aduan kepada MCMC.
  • Puah menyifatkan penyalahgunaan teknologi AI sebagai trend berbahaya, dan memaklumkan beberapa Ahli Parlimen lain turut menerima ugutan serupa, dengan memo khas telah dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad berkata laporan itu dibuat pada 9.30 pagi di Balai Polis Permas Jaya, di sini hari ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (kerana ugutan pemerasan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998," katanya ketika dihubungi Bernama.
Puah ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata beliau menerima e-mel berkenaan kira-kira 5.30 petang semalam menerusi alamat rasmi pejabatnya di Parlimen.
"Dalam e-mel itu, terdapat gambar seorang individu yang menyerupai saya dalam keadaan tidak senonoh bersama seorang lagi individu. Ia sebenarnya tangkap layar daripada sebuah video," katanya.
Puah berkata penghantar e-mel turut menuntut bayaran sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM470,000) dalam tempoh tiga hari dan mengugut akan menyebarkan gambar serta video berkenaan dalam pelbagai platform sekiranya gagal membuat bayaran, selain menyertakan kod QR untuk pembayaran menggunakan sistem luar negara.
Naib Pengerusi PKR Johor itu menegaskan imej berkenaan palsu dan hasil manipulasi teknologi Deepfake AI, sambil menyatakan beliau akan turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Saya percaya cubaan ini dilakukan dari luar negara. Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera kerana tidak mustahil kandungan berkenaan sudah tersebar dalam Internet," katanya.
Beliau berkata penyalahgunaan teknologi AI bagi menghasilkan kandungan palsu trend berbahaya, malah beberapa Ahli Parlimen lain turut dilaporkan menerima ugutan serupa dengan memo khas berhubung perkara itu telah dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video ugutan
#Jimmy Puah Wee Tse
#polis johor
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan