awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO bukan ‘pelengkap angka’ Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
PMX ada ‘DNA UMNO’, adil dalam melayani tuntutan - Ahmad Zahid
217 warga asing ditahan dalam operasi di dua pusat beli-belah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia bayar gaji hari kepada petani pulihkan sawah padi di Sumatera

Bernama
Bernama
17/01/2026
09:58 MYT
Indonesia bayar gaji hari kepada petani pulihkan sawah padi di Sumatera
Kerajaan pusat akan menanggung semua kos yang perlu ditanggung petani, termasuk penyediaan benih percuma, pemulihan tanah dan pembaikan sistem pengairan yang rosak. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Indonesia akan membayar gaji hari kepada petani di Sumatera bagi kerja-kerja pemulihan sawah padi mereka yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini, kata Menteri Pertanian Andi Amran Sulaiman.
Beliau berkata kerajaan pusat akan menanggung semua kos yang perlu ditanggung petani, termasuk penyediaan benih percuma, pemulihan tanah dan pembaikan sistem pengairan yang rosak, menurut laporan Agensi Berita ANTARA.
"Petani kita memperoleh pendapatan harian semasa mereka bekerja di sawah masing-masing manakala kos pemulihan tanah, benih dan sistem pengairan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan pusat," katanya.
Skim itu meliputi wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, yang menyaksikan sejumlah 98,002 hektar sawah padi rosak akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.
Aceh mencatatkan kawasan terjejas terbesar iaitu 54,233 hektar, diikuti Sumatera Utara dengan 37,318 hektar dan Sumatera Barat dengan 6,451 hektar.
Menteri itu berkata usaha pemulihan dari sekarang hingga Februari akan memberi keutamaan kepada 13,708 hektar tanah yang mengalami kerosakan ringan dan sederhana sebelum beralih ke kawasan yang rosak teruk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sumatera
#sawah padi
#gaji hari
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan