awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN

Bernama
Bernama
08/01/2025
05:30 MYT
e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
Pelaksanaan berkenaan seiring dengan pelan peralihan LHDN ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang bermula pada 24 Sept lepas.
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelaksanaan berkenaan seiring dengan pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang bermula pada 24 Sept lepas.
Ia melibatkan fungsi pendaftaran peranan Majikan, Wakil Majikan dan Pentadbir PCB di MyTax dan Wakil Pentadbir di e-PCB Plus bagi seluruh majikan yang terlibat dengan PCB.
"Susulan pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu ini, majikan diminta untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan pada atau sebelum 15 Jan 2025," menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan mulai 15 Jan ini, sistem PCB sedia ada hanya dibuka untuk tujuan paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadap maklumat atau rekod PCB terdahulu.
"Fungsi lain seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya. Pelaksanaan sistem e-PCB Plus sepenuhnya akan dimaklumkan sebelum dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, LHDN menyarankan agar majikan yang sedang menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#e-PCB Plus
#sistem percukaian
#potongan cukai bulanan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan