awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

E-Visa: Imigresen tetap jalankan tapisan kemasukan pelancong

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/11/2018
22:00 MYT
E-Visa: Imigresen tetap jalankan tapisan kemasukan pelancong
MUSTAFAR: Tidak semestinya ada e-visa, pelancong boleh masuk sewenang-wenangnya. - BERNAMA/Fail
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sentiasa menjalankan tapisan keselamatan ke atas pelancong yang masuk ke negara ini biarpun mereka menggunakan perkhidmatan e-visa atau permohonan Visa Luar Negara (VLN).
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, ia dibuktikan apabila dari Januari sehingga November tahun ini, seramai 63,000 pelancong tidak dibenarkan masuk ke negara ini atas pelbagai faktor.
Menurutnya, Imigresen akan menjalankan soal siasat secara rawak kepada pelancong asing terutama yang menggunakan pas lawatan sosial agar mereka tidak menyalahgunakan pas yang ada untuk bekerja atau tinggal lebih masa.
Namun Mustafar mengakui, terdapat kelemahan dengan kemudahan Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) untuk rakyat China yang memasuki Malaysia tanpa visa bagi tempoh 15 hari sehingga mudah dicerobohi.
Bagaimanapun, jelasnya, kemasukan mereka bukan semudah itu kerana Imigresen tetap membuat tapisan ketat di setiap pintu masuk.
"Kita sentiasa melakukan tapisan di (semua) pintu masuk. Tidak semestinya ada e-visa, mereka boleh masuk sewenang-wenangnya. Tapisan untuk tujuan keselamatan kita tetap akan laksanakan," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sini, pada Selasa.
Hadir sama Pengarah Imigresen Negeri, Meor Hezbullah Meor Abdul Malik.
Mustafar mengulas sebuah laporan akhbar baru-baru ini berkaitan kelemahan sistem dalam talian yang dikendalikan syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk kemasukan warga China ke Malaysia.
Topic Berkaitan
#e-visa
#Imigresen
#Mustafar Ali
#pas lawatan
#pas sosial
#pelancong
#Pelancong China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan