awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara final Terbuka Jerman

Bernama
Bernama
07/04/2024
01:27 MYT
Eain Yow tumbangkan pilihan utama untuk mara final Terbuka Jerman
Aksi Eain Yow ketika bermain menewaskan Joel Makin pada perlawanan separuh akhir Terbuka Jerman 2024 di Hamburg, Jerman, awal pagi tadi waktu Malaysia. - Foto PSA World Tour
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow melangkah ke pentas akhir Terbuka Jerman 2024 selepas menumbangkan pilihan utama kejohanan Joel Makin dari Wales dalam aksi mendebarkan selama 73 minit pada perlawanan separuh akhir di Hamburg, Jerman awal pagi tadi waktu Malaysia.
Turun sebagai pilihan keempat kejohanan Eain Yow bermula baik apabila meraih kemenangan pada set pertama serta kedua, 13-11 dan 11-8.
Namun Makin yang berada di ranking kesembilan dunia bangkit dengan 11-6 di set ketiga sebelum Eain Yow menoktahkan kemenangan dengan 11-8 pada set penentuan.
Eain Yow berkata menjaga emosi sebaiknya ialah kunci kemenangan untuk menewaskan Makin, namun mengakui perjuangannya belum berakhir apabila beliau akan menentang Dimitri Steinmann dari Switzerland pada final hari ini.
“Saya tak boleh terlalu teruja, pada awal set ketiga saya buat silap dan beliau ‘menghukum saya’. Saya rasa beliau juga sedang bertahan dengan kecederaan hari ini.
“Tahapnya mungkin bukan 100 peratus, tetapi permainan berlangsung 73 minit, menunjukkan beliau memang pemain yang hebat,” katanya menerusi kenyataan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) hari ini.
Terdahulu Steinmann menewaskan Mohamed Elsherbini dari Mesir 11-8, 11-4 dan 11-1 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Eain Yow
#terbuka jerman
#Joel Makin
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan