awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh
Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Earth Hour 2013 disertai seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2013
23:07 MYT
Earth Hour 2013 disertai seluruh dunia
Kuala Lumpur menyertai bandaraya lain di seluruh dunia dalam kempen Earth Hour 2013.
Bangunan mercu tanda menara berkembar Petronas turut bergelap selama sejam mulai 8.30 malam.
Bangunan lain di sekitar ibu negara turut berbuat demikian dalam kempen yang bertujuan menyelamatkan bumi daripada pemanasan dan perubahan iklim.
Sejurus lampu dipadam, ribuan warga kota dan pelancong di pekarangan KLCC bersorak sebagai tanda sokongan terhadap kempen itu.
Earth hour merupakan acara tahunan Tabung Alam Sedunia (WWF) dan disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac.
Antara lain matlamatnya mahukan kediaman serta pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak diguna selama sejam sebagai kesedaran ke atas perubahan iklim.
Earth Hour, yang bermula di Sydney, Australia pada 2007 kini disertai lebih 150 negara di seluruh dunia.
Dari Jakarta sehingga bandaraya Sydney keadaannya bergelap seketika.
Jambatan Sydney Harbour mengambil inisiatif sama dan penduduk juga mengambil kesempatan untuk bersantai dan menyaksikan acara bergelap itu.
Di Seoul, Korea acara sambutan disertai lebih 640 ribu prasarana termasuk bangunan, kompleks dan jambatan dan penduduk Seoul turut berhimpun sambil menyalakan lilin.
Manakala di Hong Kong lebih 3800 syarikat dan bangunan turut bersama-sama memadamkan lampu.
Tidak ketinggalan di China, bangunan dan mercu tanda Olimpik 2008 antara yang menjadi tumpuan.
Sementara itu di Taiwan, bangunan Taipei 101 menjadi perhatian.
Menurut kumpulan alam sekitar, ratusan ribu rakyat negara itu menandatangani secara dalam talian bagi menyetai kempen berkenaan.
Turut terlibat bersama-sama dengan 150 negara lain seluruh dunia ialah Indonesia dan Vietnam.
Topic Berkaitan
#Earth Hour 2013
#Jambatan Sydney Harbour
#KLCC
#WWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan