awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ECRL: Harap hasil positif sebelum lawatan PM ke China - Guan Eng

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/03/2019
06:55 MYT
ECRL: Harap hasil positif sebelum lawatan PM ke China - Guan Eng
Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan bahawa ECRL mungkin diteruskan jika harga munasabah dipersetujui bersama oleh China. - Gambar fail
Teka-teki sama ada projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diterajui China Communications Construction Group Ltd (CCCC) diteruskan atau sebaliknya masih lagi tergantung. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagaimanapun berharap hasil positif dapat dicapai daripada rundingan berhubung projek mega itu selewat-lewatnya sebelum lawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke China, hujung April ini. Beliau berkata demikian sebagai menyatakan sokongan terhadap kenyataan Dr Mahathir bahawa projek itu hanya akan diteruskan sekiranya harga yang ditawarkan adalah berpatutan. “Saya fikir Perdana Menteri ada menyebut terdapat pengurangan harga dan saya harap, rundingan ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. “Harap-harap dalam masa (sebelum) Perdana Menteri melawat China pada penghujung April ini,” katanya kepada pemberita di ibu negara, pada Khamis. Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan bahawa ECRL mungkin diteruskan jika harga munasabah dipersetujui bersama oleh China. “Jika harga (dipersetujui China) berpatutan, kita akan teruskan. Tetapi buat masa ini kita belum putuskan apa-apa lagi. “Ini kerana kita perlu melihat kepada keperluan (pembangunan) yang lebih utama,” kata Dr Mahathir. Malaysia berharap untuk mengeluarkan perbelanjaan kurang daripada kos yang ditawarkan iaitu lebih RM55 bilion bagi pelaksanaan projek itu. Guan Eng berkata, pengurangan harga penting bagi membolehkan projek itu terus dilaksanakan, malah kerajaan China sudah menawarkan pengurangan harga bagi pelaksanaan projek berkenaan.
Topic Berkaitan
#China
#ECRL
#Lawatan ke China
#Lim Guan Eng
#Malaysia Baharu
#mobiliti
#pengangkutan
#TUN DR MAHATHIR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan