SEREMBAN: Bekas mahasiswa terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini menggantikan hukuman itu kepada 30 tahun penjara dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis 1.9 kilogram empat tahun lalu.
Hakim, Datuk Rohani Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nur Arif Nur Akil, 26, selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan serta memutuskan hukuman penjara berjalan bermula dari tarikh ditangkap pada 2 September 2020.
Sebelum itu, peguam tertuduh, Shah Rizal Abdul Manan dalam hujahnya berkata, tertuduh ketika ditangkap berusia 22 tahun dan ia merupakan kesalahan pertamanya.
"Kami merayu agar mahkamah yang mulia ini dapat memberikan hukuman penjara agar beliau dapat bebas juga suatu hari nanti.
"Walaupun tempohnya saya percaya akan mengambil masa yang sangat lama dan mahkamah mengambil kira bahawa tertuduh semasa ditangkap telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis," katanya.
Bagaimanapun, Ala’uddin meminta hukuman mati dijatuhkan kepada tertuduh mengambil kira kepentingan awam termasuk faktor pencegahan, penghukuman serta kesalahannya dalam kes terbabit.
“Ia merupakan kes pengedaran dan kesalahan ini dapat dibuktikan secara terus dan tidak menggunakan sebarang anggapan..sama ada dadah soft atau high, itu bukan persoalan kerana kesan pengambilan tetap negatif.
“Sebab itu negara mengharamkan segala berkaitan dadah melainkan diberikan lesen. Dalam kes ini, tertuduh merupakan pelajar universiti dan seharusnya seorang yang berpelajaran tahu akibat dan kesan sekiranya terlibat dengan dadah,” katanya.
Berdasarkan pertuduhan, pada 2 September 2020 jam lebih kurang 5.30 petang bertempat di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis kanabis berat bersih 1900.9 gram.
Dia didakwa telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.
Proses perbicaraan yang berlangsung sejak 10 April tahun lalu melibatkan lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024
Tertuduh (kanan, baju putih) terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi mengantikan hukuman itu kepada 30 tahun penjara dan 12 sebatan kerana mengedar dadah jenis kanabis 1.9 kilogram, empat tahun lalu. - Foto Sinar Harian
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Edar dadah: Bekas mahasiswa terlepas hukuman gantung
Bekas mahasiswa terlepas daripada tali gantung selepas mahkamah menggantikan hukuman itu kepada 30 tahun penjara dan 12 sebatan kerana mengedar dadah.
PTPTN beri pengecualian bayaran pengajian RM26,000 kepada bekas mahasiswa hidap kanser
Keseluruhan hutang pinjaman PTPTN oleh peminjam berkenaan telah selesai melalui manfaat takaful.