SHAH ALAM: Seorang bekas penjual buah yang menghadapi pertuduhan mengedar dadah, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda pertuduhan kepada memiliki dadah jenis ketamin.
Hakim Nurulhuda Nur'aini Mohamad Nor menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Cheng Kui Fat, 29, dari tarikh dia ditahan pada 18 Mei 2019.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan pelepasan antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 5.30 pagi, 18 Mei 2019.
Cheng sebelum ini didakwa mengedar ketamin seberat 1,730.6 gram dan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 (B) (2) akta yang sama iaitu gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Nurulhuda Nur'aini ketika dalam penghakimannya berkata, tiada bukti yang menyatakan tertuduh mengedar dadah tersebut dan tiada saksi yang mengatakan bahawa jumlah berat dadah yang ada padanya adalah untuk tujuan pengedaran.
"Tiada saksi yang dapat memutuskan bahawa berat dadah itu adalah untuk pengedaran dan mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah berjaya mematahkan pertuduhan tersebut, bagaimanapun mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan memiliki dadah jenis ketamin," katanya.
Sepanjang perbicaraan pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi manakala pembelaan menerusi keterangan bersumpah tertuduh di kandang saksi.
Tertuduh diwakili Peguam Anwar Raof sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Cheng Kui Fat, 29, (kiri) yang menghadapi pertuduhan mengedar dadah sebelum ini terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda pertuduhan kepada memiliki dadah jenis ketamin. - Bernama
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera
Kesemua suspek ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.
Polis tahan 12 keldai dadah, rampas lebih 18kg kanabis
Kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun itu bergiat aktif dalam pengedaran dadah sejak tiga hingga sembilan bulan lepas.
Tiga rakan didakwa edar lebih 102kg kanabis
Tiada pengakuan direkodkan daripada A. Nadarajan, 51, dan R. Thasvindran, 32, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.
Polis Pahang patah cubaan edar dadah bernilai RM543,559
Polis Pahang berjaya mematahkan cubaan mengedar dadah jenis syabu, heroin dan pil yaba dianggarkan seberat lebih 26 kilogram.
Sindiket edar dadah ke negara jiran guna jalan laut tumpas
Kesemua lapan lelaki termasuk 'mastermind' sindiket itu merupakan warga tempatan berusia antara 23 dan 40 tahun.
Lima termasuk dua beranak didakwa edar 24.2 kg dadah
Lima individu termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mengedar 24.2 kilogram (kg) dadah pada awal Januari 2024.
Polis tahan 22 individu disyaki menagih, mengedar dadah
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 54 tahun.
Edar hampir 200kg syabu, mekanik diarah bela diri
Mahkamah Tinggi di sini hari memerintahkan seorang mekanik membela diri atas pertuduhan mengedar dadah hampir 200 kilogram dadah pada 2021.