KOTA BHARU: Tiga sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah mengedar 134.6 gram dadah jenis metamphetamine di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Keladi, Batu Gajah, Tanah Merah, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazri Mohamed, 38, Ismail Jusoh, 47, dan Mat Zainudin Mansor, 38.
Wan Ahmad Farid dalam alasan penghakimannya menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Mahkamah menurut beliau tidak mempercayai keterangan semua tertuduh kerana semasa tangkapan mereka bertiga berada di wakaf itu dengan dadah tersebut berada di atas meja di wakaf berkenaan.
Mahkamah juga menganggap tertuduh mereka cerita sedangkan mereka tahu berkaitan dadah terbabit.
Ini dibuktikan lebih jelas apabila mereka melarikan diri dan kerana itu ketiga-tiga tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan serta dihukum gantung sampai mati.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Khairul Anuar Wahab manakala tertuduh-diwakili peguam masing-masing.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama mengedar 134.6g dadah jenis metamphetamine di Kampung Bendang Keladi pada jam 2.30 petang pada 21 Mac 2018.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan sama, mereka turut dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah kerana memiliki racun caffiene seberat 9.2g pada masa tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952.
Mereka turut dihukum penjara enam bulan terhadap pertuduhan pindaan secara berasingan mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah jenis metamphetamine sebanyak 0.19g (Mat Zainudin), 0.2g (Mohd Nazri) dan 0.3g (Ismail) pada tarikh dan lokasi sama.
Mahkamah memutuskan kesemua hukuman penjara tersebut berkuat kuasa serentak dari tarikh kesemua tertuduh ditangkap.
Muhafandi Muhamad
Sun Jun 12 2022
Tertuduh, Mohd Nazri Mohamed, 38, (dua dari kiri), Ismail Jusoh, 47, (dua dari kanan) dan Mat Zainudin Mansor, 38 (tengah) dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah mengedar dadah pada tahun 2018. - Foto Sinar Harian
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.
Pekerja ladang penggal kepala rakan sekerja terlepas tali gantung, dipenjara 35 tahun
Hukuman mati ke atas seorang bekas pekerja ladang kelapa sawit yang memenggal kepala rakan sekerjanya bagi mendapatkan tengkorak lelaki itu sebagai satu bahan ritual untuk mendapatkan kemenangan loter
Suami isteri menangis syukur terlepas hukuman gantung
Sepasang suami isteri berpelukan dan menitiskan air mata kegembiraan selepas mahkamah melepas dan membebaskan daripada tuduhan mengedar dadah.
Wanita warga Thailand terlepas tali gantung
Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.
Dua beranak bebas tuduhan edar dadah, terlepas tali gantung
Dua beranak dibebaskan daripada pertuduhan mengedar 280.7 gram dadah jenis kanabis, oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh hari ini.
Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis 2 tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya pada 17 Julai.
Pekerja ladang warga India terlepas tali gantung
Ini berikutan selepas pihak pendakwaan menerima representasi S. Rajendran untuk meminda pertuduhan membunuh kepada membunuh tanpa niat.
Selain ke tali gantung, apa selainnya yang lebih berkesan sebagai pedoman? Agenda AWANI 9 malam ini
Pemansuhan hukuman mati mandatori perlu diganti dengan bentuk hukuman yang lebih setimpal dan berupaya mengurangkan kadar jenayah berat di negara ini.
Edar dadah, tiga sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazri Mohamed, 38, Ismail Jusoh, 47, dan Mat Zainudin Mansor, 38.
Pemandu lori terlepas tali gantung, dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati mandatori itu dengan penjara 20 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian terhadap teman wanitanya enam tahun lepas.