KUALA LUMPUR: Di sebalik lebih 30,000 pelajar yang berjaya meningkatkan keputusan SPM 2025, tersimpan kisah perjuangan yang membuktikan cabaran bukan penghalang untuk berjaya.
Melalui pendekatan yang sangat dekat dengan jiwa pelajar, MCPLUS, pusat tuisyen dalam talian terbesar di Malaysia, fokus utama mereka tidak terhenti di kecemerlangan akademik. MCPLUS juga komited membina mentaliti juara dan karakter insan dalam diri pelajar.
Advertisement
Kempen “Education Must Win” diterjemahkan melalui kaedah pengajaran siaran langsung yang interaktif, tenaga pengajar yang memahami pelajar zaman kini serta sistem pembelajaran fleksibel menerusi aplikasi all-in-one yang dibina khas oleh MCPLUS.
MCPLUS merekodkan penyertaan sekitar 35,000 pelajar calon SPM. Pendidiknya, Fathi Hussein atau lebih dikenali sebagai Sir Fathi, berkata beliau berbangga kerana kejayaan pelajar MCPLUS membuktikan generasi muda masih mementingkan ilmu.
“Alhamdulillah tahun ini pencapaiannya meningkat dari tahun lepas, syukur.”
“Kami mengajar bukan setakat untuk pastikan pelajar kami skor, tetapi kami juga membina mentaliti juara. Adab, kebolehan bercakap, kemahiran berkomuniti, adalah perkara-perkara yang kami tenaga pengajar MCPLUS cuba terapkan,” katanya pada Majlis MCPLUS Graduation Tour di ibu negara, pada Sabtu.
Antara kisah paling mencuri perhatian ialah Muhammad Akif Umar Amir Mahamud, pelajar daripada aliran pendidikan khas (autisme) yang berjaya menembusi aliran perdana sebelum meraih keputusan cemerlang dalam SPM.
“Saya bergabung dengan MCPLUS sebulan sebelum Peperiksaan Percubaan SPM. Sebelum peperiksaan itu, saya tidak pernah skor matematik.”
“Apabila saya bergabung dengan MCPLUS, saya berjaya. Semasa Peperiksaan SPM sebenar, saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang, “straight A”,” ujarnya.
Menurutnya, kekuatan utama MCPLUS terletak pada tenaga pengajar yang berkarisma dan teknik pembelajaran yang mudah difahami.
“Pertama, karismatik, mereka sungguh bersemangat. Kedua, jenis ajaran mereka sangat mudah.”
“MCPLUS mempunyai teknik pembelajaran sendiri yang menekankan semangat,” tambahnya.
Seorang lagi pelajar, Farah Anis Sabrina Shafrial, mengakui pendekatan MCPLUS mengubah persepsinya terhadap pembelajaran.
“Saya jenis yang perlu lihat sesuatu untuk faham. Bila saya jumpa MCPLUS, saya sedar belajar sebenarnya menyeronokkan dan ada cara alternatif untuk faham sesuatu,” jelasnya.
Kini, beliau melanjutkan pengajian dalam bidang reka bentuk inovasi di Korea.
Sementara itu, Muhammad Adib Fahim menekankan bahawa kejayaan bukan sekadar diukur melalui keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi nilai yang dibina sepanjang proses pembelajaran.
“Bagi saya, pembelajaran adalah satu proses. Kita tak boleh ukur kejayaan hanya berdasarkan slip SPM kerana yang lebih penting adalah nilai kita dapat dan bagaimana ia membentuk diri kita,” menurutnya yang turut membawa balik keputusan “straight A” dalam SPM 2025.
Beliau turut aktif menghasilkan kandungan pendidikan inspirasi dari tenaga pengajar MCPLUS di media sosial sebagai usaha membantu pelajar lain dengan capaian pengikut sekitar 113 ribu di TikTok.
Dengan pendekatan pembelajaran yang inklusif, fleksibel dan berteraskan sokongan emosi, MCPLUS terus memperkukuh peranannya dalam membantu pelajar mencapai potensi sebenar, selari dengan semangat Education Must Win.