Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA hari ini meluluskan resolusi untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat, yang membuka laluan bagi parti itu kembali semula ke Kabinet.
Keputusan itu memang sudah dijangka dengan hampir semua 1,982 anggota perwakilan pusat, yang menghadiri mesyuarat itu di Wisma MCA, mengundi dengan cara mengangkat tangan.
Daripada jumlah itu, hanya lima orang yang membantah usul itu manakala empat lagi enggan mengundi.
Sebelum itu, Datuk Yip Phooi Hong yang mempengerusikan mesyuarat itu, menawarkan pilihan kepada anggota perwakilan sama ada mengundi secara mengangkat tangan atau mengguna kertas undi.
Pada perhimpunan agung 2011, MCA telah meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika ia gagal dalam Pilihan Raya umum Ke-13.
Resolusi itu diperakukan semula dalam perhimpunan agung MCA pada 2012 dan EGM parti pada 20 Okt tahun lepas.
Dalam pilihan raya umum 5 Mei 2013, MCA menampilkan prestasi terburuknya selepas hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri yang ditandinginya.
Sejak mengambil alih kepimpinan MCA pada 21 Dis tahun lepas, Liow berulang kali menyatakan bahawa ketiadaan MCA dalam kerajaan sejak sembilan bulan lepas telah menjejaskan usahanya untuk memberi khidmat dengan berkesan kepada rakyat terutamanya berkaitan isu-isu pendidikan dan Kampung Baharu Cina.
Bercakap kepada wartawan sejurus berakhirnya EGM itu, Liow berkata keputusan itu jelas membuktikan para perwakilan mahu MCA terus bersuara mewakili masyarakat Cina di Kabinet bagi menyelesaikan pelbagai masalah mereka.
Katanya keputusan itu juga mencerminkan sokongan dan mandat perwakilan terhadap kepimpinan baharu parti.
Ditanya sama ada MCA akan meminta untuk dikekalkan dengan empat jawatan menteri dan enam jawatan timbalan menteri dalam Kabinet seperti sebelumnya, Liow berkata keputusan itu terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami bukannya tergesa-gesa mahu menyertai Kabinet kerana kami baru sahaja memperoleh mandat (untuk menyertai semula Kabinet). Sekarang, kami mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya kecil (kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang), isu masyakarat Cina dan isu ekonomi," katanya.
Walaupun enggan menerima sebarang pelantikan jawatan sebelum ini, Najib semasa membentuk Kabinet beliau pada 15 Mei 2013 telah memperuntukkan MCA dengan portfolio Menteri Pengangkutan, yang kini dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pertahanan.
Sementara itu, anggota perwakilan pusat yang juga bekas naib presiden parti Gan Ping Sieu memberitahu pemberita bahawa beliau enggan mengundi kerana tidak bersetuju dengan pengundian secara mengangkat tangan berbanding kertas undi yang lebih teratur.
Beliau telah mencadangkan undian secara rahsia tetapi tidak dipersetujui kebanyakan anggota perwakilan.
Seorang lagi yang enggan mengundi untuk resolusi itu ialah Naib Presiden Datuk Chua Tee Yong yang berpendapat EGM kali ini tidak menghormati keputusan EGM pada Oktober 2013.
Diminta mengulas insiden itu, Liow berkata walaupun diberi pilihan, majoriti anggota perwakilan telah memilih untuk mengundi secara mengangkat tangan dan hanya 409 memilih untuk mengundi secara rahsia.
Bernama
Sun Feb 23 2014
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UMNO tidak perlu adakan EGM - Puad Zarkashi
Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata adalah lebih baik UMNO melaksanakan 'post mortem' terperinci di semua peringkat.
Wong Weng Yew letak jawatan pengarah GIIB, sehari sebelum EGM bincang pemecatannya
Dengan peletakan jawatan Wong, GIIB berkata resolusi untuk memecatnya dalam EGM tidak lagi terpakai.
Tiada klausa presiden boleh digugurkan - Penganalisis politik
Pemecatan presiden hanya boleh dibuat melalui dua cara iaitu mesyuarat agung luar biasa (EGM) atau meletakkan jawatan.
UMNO tangguh pemilihan sebab tahu parti akan berpecah - Dr Mahathir
Tindakan UMNO buat EGM untuk tangguh pemilihan disifatkan Dr Mahathir sebagai jalan senang buat parti itu.
Majlis Peguam akan adakan EGM berhubung dakwaan ugutan terhadap kehakiman
Majlis Peguam akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membincangkan isu berhubung dakwaan ugutan terhadap kehakiman baru-baru ini.
Muthu dakwa masih Presiden POS
Muthu antara lain mendakwa EGM pada Ahad tidak sah kerana dihadiri individu bukan ahli.
AMK Negeri Sembilan pula hilang kepercayaan kepada Akmal Nasir
Akmal disifatkan gagal menyatukan anggota AMK sehingga memecah-belahkan semangat perpaduan sayap parti itu melalui rombakan baru-baru ini.
Tujuh ahli gabungan hilang kepercayaan terhadap presiden MGF
Rachel didakwa membelakangkan Jawatankuasa Lembaga Tadbir MGF dalam membuat keputusan, selain salah guna kuasa dalam beberapa isu berbangkit.
Abdul Rashid tarik diri bertanding presiden KAFA
Dengan itu, EGM hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan ahli perniagaan Datuk Seri Amril Aiman Abdul Aziz.
Presiden KAFA: Annuar belum buat keputusan
Annuar berkata beliau perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya berikutan kekangan tugasnya sebagai wakil rakyat serta Setiausaha Agung UMNO.