awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Egyptair hilang: Tiada warganegara Malaysia terlibat - Wisma Putra

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2016
08:06 MYT
Egyptair hilang: Tiada warganegara Malaysia terlibat - Wisma Putra
Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan. - Gambar fail
Kementerian Luar Negeri mengesahkan tiada warganegara Malaysia terbabit dalam insiden pesawat Egyptair MS804 yang dilaporkan hilang dari radar semasa melintasi Laut Mediterranean dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah.
Kementerian luar mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan selepas insiden itu disahkan oleh syarikat penerbangan Egyptair.
Pesawat terbabit berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada 18 Mei 2016 jam 11.09 malam dan dilaporkan hilang dari radar pada jam 2.45 pagi waktu tempatan setelah masuk ke dalam ruang udara Mesir.
LAPOR LANGSUNG: EgyptAir MS804 hilang dari radar
Pesawat itu membawa 56 orang penumpang dan 10 orang anak kapal.
Pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Negeri turut mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal penerbangan Egyptair MS804.
Topic Berkaitan
#EgyptAir
#hilang
#Kementerian Luar
#MS804
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan