MALAYSIA
eHati: Polis kesan 50 peserta, amaran tangkap jika enggan beri kerjasama

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memberi amaran kepada semua peserta yang hadir supaya segera tampil memberikan keterangan di Balai Polis Shah Alam. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis telah mengenal pasti senarai 50 individu yang hadir dalam program motivasi rumah tangga anjuran Ehati International Sdn Bhd (eHati) yang kini mencetuskan kontroversi.
Ringkasan AI
- Polis Kenal Pasti 50 Individu Hadir Program Kontroversi: eHati Ketua Polis Selangor menggesa semua peserta tampil beri keterangan berhubung program motivasi rumah tangga yang didakwa melanggar norma dan tatasusila.
- Kemungkinan Penglibatan Kakitangan Awam: Polis tidak menolak kemungkinan peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk sektor kerajaan, dengan tangkapan sebelum ini dibuat hingga ke Kedah.
- JAIS Klasifikasikan Program Sebagai -Terlampau-: Program eHati yang didakwa mengandungi unsur lucah disifatkan oleh JAIS sebagai melanggar syariat Islam, walaupun penganjur menyatakan ia bersifat umum dan bukan keagamaan.
"Saya nasihatkan agar semua individu ini tampil segera untuk direkodkan keterangan. Jika gagal, tindakan lebih tegas termasuk tangkapan akan diambil,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas sempena kejayaan Operasi Balau, yang menumpaskan sindiket pengedaran dadah, di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.
Hussein berkata, peserta program datang dari pelbagai negeri dan latar belakang pekerjaan, selain tidak menolak kemungkinan ada kakitangan awam yang terlibat.
"Tangkapan kami sebelum ini sampai ke Kedah, dan ada antara mereka bekerja dalam sektor kerajaan.
"Saya sekali lagi tidak menafikan memang ada di kalangan peserta dari sektor kerajaan," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa program eHati tidak berbentuk keagamaan kerana melibatkan juga peserta bukan beragama Islam, menjadikan program itu bersifat umum.
Program motivasi yang dijalankan dengan konsep “Mencari Kebahagiaan Kembali”, dan sesi malam yang dinamakan Queen’s Night sebelum ini didakwa melibatkan unsur lucah serta melanggar norma dan tatasusila.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan menyifatkan penganjuran program berkenaan, sebagai program motivasi rumah tangga yang “terlampau” dan melanggar syariat Islam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami