awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
Perjanjian UMNO dengan DAP demi kepentingan negara, bukan 'sorong tengkuk' - Tok Mat
Makin banyak negara larang akses media sosial untuk kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen pelancongan didakwa guna dokumen palsu bernilai lebih RM22 juta

Bernama
Bernama
01/07/2022
08:14 MYT
Ejen pelancongan didakwa guna dokumen palsu bernilai lebih RM22 juta
Sulaiman Abdul Razak, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang ejen pelancongan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung cadangan membina dan menyiapkan rumah keluarga untuk pegawai dan anggota tentera Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) bernilai lebih RM22 juta.
Sulaiman Abdul Razak, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu dua 'Borang Jaminan Bank / Jaminan Syarikat Kewangan / Jaminan Insurans untuk Bon Pelaksanaan (Kontrak Kerja)' bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Rumah Keluarga (338 Unit) Pelbagai Kelas Serta Kerja-Kerja Berkaitan untuk pegawai dan anggota tentera darat di Kem Batu 10, Kuantan, Pahang bernilai RM3.75 juta dan RM18.75 juta.
Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Mindef, Jalan Padang Tembak, Sentul di sini antara 20 Okt dan 15 Nov 2006.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 467 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zulaaikha Mohd Apandi menawarkan jaminan RM500,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Sulaiman memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi serta menanggung keluarga.
"Jumlah jaminan RM500,000 terlalu tinggi dan anak guam saya tidak mempunyai kesalahan (jenayah) lain. Pada 4 Julai ini, anak guam akan menunaikan haji dan jika dia dipenjarakan kemungkinan dia tidak dapat mengerjakan haji," kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berdekatan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kamarudin menetapkan 1 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ejen pelancongan
#dokumen palsu
#Mahkamah Sesyen
#Kementerian Pertahanan
#Mindef
#Sulaiman Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan