awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi capai puncak akhir 2026, tetapi pendapatan tidak naik sama - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
06/01/2026
13:20 MYT
Ekonomi capai puncak akhir 2026, tetapi pendapatan tidak naik sama - Penganalisis
Penganalisis dalam program Agenda AWANI berkata ekonomi dijangka kukuh, tetapi upah pekerja rendah. - foto/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada pada trajektori yang positif dan dijangka akan mencapai puncak pengukuhan pada akhir 2026.

Ringkasan AI
  • Ekonomi Malaysia dijangka capai puncak pengukuhan pada akhir 2026 dengan pertumbuhan sekitar lima peratus tahun ini.
  • Kebimbangan timbul kerana nisbah upah pekerja kepada KDNK tidak capai 45% seperti disasarkan, memberi tekanan kepada isi rumah.
  • Prestasi KDNK penting untuk kelangsungan bantuan kebajikan seperti STR, SARA dan program sokongan kos sara hidup.

Namun, Provost yang juga Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Malaysia University of Science and Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai turut menzahirkan kebimbangan mengenai trend upah dan gaji pekerja yang tidak menunjukkan prestasi positif yang sama.
"Berasaskan kepada pusingan ekonomi, memang ekonomi kita sedang menuju puncak yang akan dicapai pada akhir tahun 2026. Kita boleh capai pertumbuhan sehingga lima peratus untuk tahun ini.
“Tetapi isu yang lebih penting ialah erti angka-angka ini kepada isi rumah. Isi rumah di Malaysia semakin hari semakin mengeluh kerana pendapatan secara purata tidak meningkat sejak 2020.
“Nisbah upah pekerja kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenarnya menyusut daripada 37 peratus kepada 32 peratus, sebelum perlahan-lahan naik semula sekarang. Tetapi masih jauh daripada matlamat kita 45 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Dalam temu bual yang sama, Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin pula menyatakan prestasi ekonomi dan kenaikan KDNK akan memberi kesan kepada program-program kebajikan rakyat.
“Saya fikir ada beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan untuk bantu dalam aspek kos sara hidup. Antaranya melalui pengumuman bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan awal persekolahan dan perlbagai bantuan lain yang diperbaharui dari semasa ke semasa.
“Maksud saya ada perubahan yang dilakukan, sama ada mencukupi atau tidak, bantuan-bantuan ini masih tetap perlu diteruskan. Penerusan dan penambahbaikan ini bergantung kepada KDNK. Jika KDNK tidak meningkat, masalah juga untuk bantu rakyat,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#KDNK
#Keluaran Dalam Negara Kasar
#kos sara hidup
#ekonomi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan