awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM

Bernama
Bernama
29/12/2022
23:45 MYT
Ekonomi Malaysia berkembang sederhana pada 2023 dalam ketidaktentuan ekonomi global - DOSM
Mohd Uzir berkata pertumbuhan yang diunjurkan bagi rantau Asia telah disemak daripada 4.3 peratus kepada 4.2 peratus pada 2022 dan daripada 4.9 peratus kepada 4.6 peratus pada 2023. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka mula menyederhana berikutan kesan ketidakstabilan ekonomi global dalam beberapa bulan ke hadapan pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Memetik Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ekonomi Malaysia diunjurkan menyederhana antara 4.0 peratus dan 5.0 peratus pada tahun depan, sejajar dengan ramalan global Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia bagi Oktober 2022, IMF meramalkan bahawa ekonomi global akan berkembang meskipun pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.7 peratus pada 2023.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata pertumbuhan yang diunjurkan bagi rantau Asia telah disemak daripada 4.3 peratus kepada 4.2 peratus pada 2022 dan daripada 4.9 peratus kepada 4.6 peratus pada 2023 berdasarkan Suplemen Prospek Pembangunan Asia (ADO) Disember 2022.
"Ini berikutan sekatan pergerakan yang dilaksanakan semula di China, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Di peringkat domestik, Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 0.4 peratus kepada 109.6 mata pada Oktober 2022 berbanding 109.2 mata pada Oktober tahun lepas.
Bagaimanapun, melihat kepada arah aliran jangka panjang terlicin pada Oktober 2022, IP mula mencatatkan arah aliran di bawah trend 100 mata.
Mengenai prestasi makroekonomi terkini, Mohd Uzir berkata berapa indikator utama terus mencatatkan aliran menaik berbanding Oktober tahun lepas berikutan prestasi jumlah perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 21.1 peratus kepada RM245.2 bilion daripada RM202.4 bilion pada Oktober 2021.
Bagi inflasi, beliau berkata, dari segi indeks harga, inflasi Malaysia pada Oktober 2022 meningkat 4.0 peratus tahun ke tahun, lebih rendah daripada kadar September 2022 iaitu 4.5 peratus, dengan inflasi kumpulan makanan kekal sebagai penyumbang utama dengan kenaikan 7.1 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#ketidaktentuan ekonomi
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan