KUALA LUMPUR: Data ekonomi terkini menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul dalam menuju kepada pemulihan ekonomi walaupun pada masa yang sama, negara berdepan dengan peningkatan kadar inflasi dan keadaan geopolitik yang tidak menentu.
Ketua penyelidikan dan penasihat kekayaan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd, Mohd Sedek Jantan berkata, walaupun pada hakikatnya inflasi adalah tinggi, ia masih dalam julat yang terkawal.
Dalam ekonomi yang sihat kata beliau, kenaikan kadar inflasi yang sederhana adalah wajar.
"Pada suku ini, kami menjangkakan kadar inflasi dalam julat 3.4% sebelum ia mencapai 3.0% menjelang akhir tahun.
"Kami juga menjangkakan 3.0% sebagai normal baharu bagi kadar inflasi," beliau memberitahu DagangNews hari ini.
Mohd Sedek menjelaskan bahawa kesemua enam petunjuk ekonomi, termasuk pertumbuhan pinjaman, kadar penyertaan tenaga buruh, kadar pengangguran, perdagangan asing, data Indeks Pengurus Pembelian (PMI), indeks harga pengeluar perkhidmatan dan data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), telah menunjukkan peningkatan yang ketara.
Data IPI yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) terbaharu menunjukkan peningkatan yang ketara dalam enam kategori tersebut.
DOSM melaporkan bahawa sektor pembuatan, elektrik dan perlombongan masing-masing menyumbang 14.5%, 14.1% dan 2.1%, kepada pengembangan IPI.
Industri berorientasikan domestik memacu pengembangan 35.5% sektor pembuatan, manakala industri berorientasikan eksport berkembang sebanyak lapan peratus.
"Kami menjangkakan bahawa permintaan tempatan akan terus meningkat, dan rantaian bekalan akan kembali normal dalam masa terdekat," jelas beliau lagi.
Mengulas mengenai hubungan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS), beliau menjelaskan bahawa kesan kenaikan kadar faedah di AS ke atas ekonomi Malaysia akan menjadi kurang teruk.
"Kejutan pengetatan kewangan AS boleh memberi kesan negatif ke atas keluaran rantau Asia Pasifik secara keseluruhan.
"Namun begitu, kadar pertukaran Malaysia yang fleksibel, hutang luar negeri yang rendah dalam dolar AS, rizab antarabangsa yang besar, dan asas pelabur institusi domestik yang luas cenderung untuk mengurangkan kesan kejutan tersebut," kata Mohd Sedek.
Beliau berkata, pengimport dan pengguna akan merasai tekanan apabila ringgit melemah, susut nilai sederhana bukanlah perkara yang buruk secara keseluruhan, kerana pengeksport mendapat manfaat.
Sementara itu, MIDF Research menjangkakan Malaysia berkemungkinan mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh pada suku kedua tahun ini, dengan jangkaan lebih baik daripada 5 peratus.
RHB Research pula mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK pada 6.1 peratus pada suku kedua memandangkan terdapatnya petunjuk ekonomi yang kukuh. – DagangNews.com
Dagang News
Thu Aug 11 2022
Dalam ekonomi yang sihat kata pakar ekonomi, kenaikan kadar inflasi yang sederhana adalah wajar. - Foto fail
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Bursa Malaysia dibuka rendah, kurang peserta berikutan cuti panjang
Pada 9.18 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 3.56 mata kepada 1,549.95 daripada 1,553.51 di akhir dagangan Selasa lepas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6980/7035 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 pada Khamis.
Bursa Malaysia susut dalam dagangan awal berikutan aktiviti ambil untung
Pada 9.16 pagi ini, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.62 mata kepada 1,543.09 daripada 1,544.71 di akhir dagangan semalam.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Penyusutan itu terutamanya berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut 1.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2023.
IHPR merudum, Muhyiddin dakwa Kerajaan acuh tak acuh urus ekonomi rakyat
Muhyiddin berpandangan, realiti penurunan IHPR dikhuatiri akan memburukkan keadaan ekonomi rakyat yang terjejas dengan kenaikan harga barangan.
Indeks harga pengeluar Malaysia turun -1.8 peratus pada Ogos 2023
IHP Malaysia merosot kepada -1.8 peratus pada Ogos 2023, iaitu meningkat sedikit berbanding -2.3 peratus pada Julai (Jun: -4.8 peratus).
Sentimen berhati-hati dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.66 mata kepada 1,454.27 daripada 1,458.93 pada penutup semalam.
Inflasi mereda, pasaran buruh bertambah baik positif untuk ekonomi Malaysia - DOSM
Inflasi terus menurun pada Jun 2023 kepada kadar terendahnya pada separuh pertama 2023, menandakan paras terendah baharu 2.4 peratus.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis.
MIDF Research unjur IHP inflasi menyederhana kepada 3.0 peratus tahun ini
MIDF Research mengunjurkan IHP inflasi keseluruhan menyederhana kepada 3.0 peratus pada 2023 daripada 3.4 peratus tahun lepas.