MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 September 2025.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, mendakwa Pas kerap beralih arah demi kelangsungan politik.
Pastikan MyKad berfungsi untuk nikmati subsidi petrol - Saifuddin Nasution
2.Subsidi bersasar harga petrol hanya boleh dinikmati apabila MyKad digunakan sebagai pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Pengarah Astro Audio menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil kerjasama seluruh pasukan, mencerminkan komitmen untuk menyebarkan perpaduan melalui gelombang radio.
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di rumah mereka, minggu lepas.Inkues Zara Qairina: Maklumat peribadi tersebar, prosiding libat saksi pelajar ditangguh
5. Prosiding inkues yang sepatutnya mendengar keterangan saksi dalam kalangan pelajar pada petang ini ditangguhkan ke Isnin berikutan penyebaran maklumat peribadi saksi di media sosial.
6. Kerajaan pertimbang peruntukan tambahan pascabencana di Sabah - PM Anwar
6. Kerajaan pertimbang peruntukan tambahan pascabencana di Sabah - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan menilai keperluan bagi menyalurkan peruntukan tambahan untuk usaha pemulihan banjir dan tanah runtuh di Sabah.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memelihara kelestarian alam sekitar serta menjaga kebersihan pulau-pulau di perairan Mersing.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar isu yang belum selesai di antara Thailand-Kemboja di bawa ke meja rundingan Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata pihaknya memandang serius insiden itu yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan saksi bawah umur yang identitinya dilindungi undang-undang.
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda permohonan semakan kehakimannya berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membenarkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami