SEREMBAN: Seorang eksekutif syarikat di Nilai dekat sini kerugian RM335,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak insurans dan pegawai polis sejak September tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, wanita berusia 51 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada pihak insurans tersebut yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.
Beliau berkata susulan itu, mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Chong memberitahu bahawa dia mempunyai waran tangkap dan mangsa ada terlibat dengan kes pengubahan wang haram.
"Kemudian wanita itu telah diminta untuk membuka akaun Bank Rakyat dan menyerahkan maklumat perbankan dalam talian kepada lelaki itu.
"Mangsa telah melakukan beberapa transaksi ke akaun Bank Rakyatnya itu membabitkan jumlah RM335,000. Maklumat akaun bank suspek tidak dapat dikenal pasti kerana semua wang dimasukkan ke dalam akaun bank mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Aibee berkata mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.

Banjir Di Baling | Jumlah mangsa di PPS menurun
Jumlah mangsa banjir akibat kepala air membabitkan 12 kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, P-P-S di Baling menurun kepada 495 orang daripada 109 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 pagi ini berbanding jumlah mangsa semalam iaitu 1,455 mangsa.

Banjir Di Baling | Tiga sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Tiga sekeluarga yang ditemui maut susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi. Jenazah, Salmah Mat Akib, 54 tahun, menantunya,Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, yang hamil empat bulan dan anaknya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

Ujian Peristiwa | Belum reda banjir, penaiga diuji insiden kebakaran
Belum reda banjir, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila rumah kedai miliknya musnah terbakar di Kampung Masjid Iboi, Kupang Baling, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan penyelamat, jabatan bomba dan penyelamat malaysia (JBPM) kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima laporan pada jam 9.35 malam sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dikejarkan ke lokasi.

Jenayah | Lelaki tikam ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 12 julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sini.

Penjagaan Maritim | 3 bot nelayan Vietnam lucut hak, dijadikan tukun
Sebanyak tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak, ditenggelamkan dan disemadikan sebagai tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemuanya ditahan menerusi Op Naga barat dan Op Kuda Laut melibatkan penahanan 22 kru termasuk tekong warga Vietnam.

Suspek tikam ibu kandung, positif syabu
Proses bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.

Yasin lega terlepas hukuman gantung
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Polis Melaka kesan taktik baharu Macau Scam guna dokumen palsu
Dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp semalam.

Macau Scam: Pesara syarikat telekomunikasi kerugian RM60,000
Mangsa dimaklumkan kononnya di dalam bungkusan tersebut terdapat kad pengenalan, kad ATM dan cek atas nama mangsa.

Eksekutif syarikat rugi lebih RM300,000 diperdaya Macau Scam
Mangsa mendakwa terima panggilan daripada pihak insurans yang memaklumkan dirinya ada membuat pengeluaran wang insurans sebanyak empat kali.

Wang simpanan guru RM277,000 lesap angkara Macau Scam
Guru diperdaya kelicikan watak ciptaan kononnya dari pihak insurans, polis dan timbalan pendakwa raya.

Ibu tunggal rugi RM225,900 terpedaya dengan 'love scam'
Seorang ibu tunggal kerugian RM225,900 selepas menjadi mangsa 'love scam' atau penipuan cinta oleh lelaki yang dikenali menerusi laman Facebook sejak Oktober lepas.

Peniaga rugi RM11,600 ditipu dalam urusan dapatkan kad MyPR
Lelaki berusia 60 tahun itu berurusan dengan seorang wanita selepas menghubungi talian telefon yang tertera di iklan tersebut.

Lelaki rugi RM158,800 diperdaya penjualan kereta terpakai yang tidak wujud
Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu membuat pembayaran secara berperingkat iaitu sebanyak 12 kali ke dalam akaun peribadi suspek.

Pedihnya diperdaya 'cinta', wanita muda kerugian lebih RM390,000
Mangsa yang baru kematian suami telah dihubungi suspek yang kononnya bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Wanita Thailand terpedaya iklan emas di Facebook
Peniaga kuih berusia 34 tahun itu tertarik untuk membeli seutas rantai kaki berharga RM300 yang diiklankan.

Wanita ditipu 'Love Scam', rugi RM105,523
Pada awalnya mereka hanya berinteraksi dalam 'Messenger' Facebook dan kemudian berhubung melalui aplikasi WhatsApp.