awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksekutif wanita ditipu sindiket Macau Scam

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
17/05/2018
08:54 MYT
Eksekutif wanita ditipu sindiket Macau Scam
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Bimbang dikenakan waran tangkap, seorang eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini kerugian RM10,300 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa mempunyai tunggakan bayaran pinjaman peribadi yang sebenarnya tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku semalam, ketika wanita berusia 37 tahun itu berada di pejabatnya di sini sebelum menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Khairul Azhar wakil daripada Alliance Bank, Pulau Pinang.
Mohd Wazir berkata, lelaki berkenaan menyatakan mangsa mempunyai tungggakan bayaran pinjaman peribadi selama tiga bulan berjumlah berjumlah RM3,414.
"Suspek mendakwa mangsa membuat pinjaman sebanyak RM60,000. Mangsa yang menafikan dakwaan itu kemudian ingin membuat laporan polis sebelum taliannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
"Mangsa kemudian bercakap dengan Sarjan Isma bagi tujuan membuat laporan polis atas talian dan wanita itu dimaklumkan waran tangkap akan dikeluarkan jika tidak menyelesaikan masalah ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa selepas itu menerima mesej daripada aplikasi Whatsapp yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Saliza dan mengarahkannya membuat pembayaran bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Pada hari yang sama, mangsa memindahkan wang sebanyak RM10,300 melalui pindahan menggunakan mesin pengeluaran automatik (ATM) di Maybank Jalan Bukit Ubi di sini ke dalam akuan yang diberikan suspek.
"Bagaimanapun, selepas memasukkan wang berkenaan, dia merasa seperti ditipu sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pada hari yang sama," katanya.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan," katanya.
Topic Berkaitan
#eksekutif
#GLC
#komersial Pahang
#Macau Scam
#rugi
#Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan