MANJUNG: Eksesais Bilateral Malaysia-Indonesia (MALINDO JAYA) membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI - AL), menjadi medan kedua-dua pihak bertukar strategi peperangan.
TLDM dalam satu kenyataan memaklumkan latihan tersebut yang bermula sejak 29 Ogos hingga 4 Sept itu, memberi peluang kepada pegawai dan anggota dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Seri Indera Sakti, bertukar-tukar pendapat dengan anggota negara jiran dari KRI Eddy Martadinata serta KRI Tombak.
"Latihan MALINDO JAYA siri 26AB/22 telah dilakukan di Pangkalan Komando Armada II (KOARMADA II), Surabaya, Indonesia dan perairan Laut Jawa meliputi latihan 'Command Post Exercise' (CPX), Perbincangan Pegawai Operasi dan 'Subject Matter Expert Exchange' (SMEE) KOPASKA-PASKAL.
"Manakala latihan di laut pula merangkumi pelbagai aspek dalam mengasah kemahiran mengenai latihan peperangan konvensional, dan juga keselamatan maritim," menurut kenyataan itu.
Eksesais itu juga bertujuan mengeratkan semangat setiakawan serta perhubungan erat antara kedua-dua negara, agar berterusan selain dapat meningkatkan kesiagaan ketenteraan bagi menghadapi sebarang ancaman musuh yang mendatang.
Selari dengan Hari Kebangsaan, warga TLDM turut meraikan malam ambang merdeka di Dermaga Madura Tengah, KOARMADA II pada malam 30 Ogos 2022.
Lebih manis, sambutan kemerdekaan turut diserikan dengan kejutan oleh pihak TNI-AL dengan menghadiahkan kek Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-65 dan juga makanan tradisi yang sinonim dengan perayaan iaitu 'nasi tumpeng', kepada kapal dan delegasi TLDM.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 05 2022
Eksesais Bilateral Malaysia-Indonesia (MALINDO JAYA) membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut (TNI - AL), menjadi medan kedua-dua pihak bertukar strategi peperangan. - Gambar TLDM
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Malaysia, Indonesia mulakan latihan Tentera Laut 'Malindo Jaya'
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL) hari ini memulakan latihan bersama untuk meningkatkan profesionalisme dan mengeratkan jalinan kerja sama.