Jenama kosmetik terkenal, MAC bakal lancarkan dua koleksi terbaru pada tahun ini. Pastinya ‘Beauty Junkie’ tidak sabar apakah koleksi yang bakal dikeluarkan oleh MAC.
Koleksi pertama MAC tampil dengan rona lembut dan sweet yang diilhamkan daripada pencuci mulut yang digemari semua orang. Koleksi ini terdiri daripada 12 dreamy eyeshadow dan 6 colorful brow pencils dan juga ditambah set berus pada koleksi ini. Menariknya koleksi ini, pembayang mata hadir dengan pelbagai warna seperti rona ‘Quite Yummy!” , merah jambu cair dan “Softened Up,”, coklat cair. MAC juga tampil rona pelangi pada koleksi brows pencils dalam rona pastel seperti “Pink Confetti” dan “Violet Infused”.
Bagi koleksi kedua pula, MAC berkerjasama dengan Peter dan Harry Brant. Mereka berdua ini adalah “bon vivants New York society”. Koleksi Brant Brothers adalah produk unisex khas buat muka, kening, mata dan bibir. Koleksi ini tampil dengan empat longwear lipstain markers, pembayang mata, brow gel creme, celak pensil dalam tiga rona, duo sculpting cream dan dua berus solekan. Selain itu, mereka juga akan melancarkan set penjagaan kulit secara eksklusif di dalam talian antaranya ash exfoliator, Prep+Prime natural radiance, gel pelembap, dan eye cream.
Koleksi ini akan mula dilancarkan ditalian MacCosmetics.com pada 26 May. Bagi koleksi MAC Soft Serve dan Brant Brothers ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih pada 2 Jun-14 Julai ini.