MALAYSIA
Mohd Sabirin dilantik Setiausaha baharu MAIS
SHAH ALAM: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini, dilantik sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Ringkasan AI
- Pelantikan Setiausaha Baharu MAIS: Mohd Sabirin Mohd Sarbini dilantik sebagai Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa 16 Julai 2025, menggantikan Dr Ahmad Shahir Makhtar yang tamat tempoh perkhidmatan.
- Latar Belakang dan Pengalaman Profesional: Berkelulusan dari UPM dan berpengalaman luas di LZS serta sektor korporat, Mohd Sabirin pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif LZS dan aktif dalam bidang kewangan Islam serta pendidikan agama.
- Penghargaan kepada Setiausaha Terdahulu: Dr Ahmad Shahir dihargai atas kepimpinan selama enam tahun termasuk kejayaan melaksanakan Pelan Strategik MAIS dan membawa MAIS ke peringkat antarabangsa melalui pelbagai pencapaian.
Sepanjang perkhidmatannya di LZS, Mohd Sabirin memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Divisyen Kutipan, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf dengan jawatan terakhir adalah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Mohd Sabirin juga merupakan Perancang Kewangan (RFP Syariah) berdaftar di bawah Malaysian Financial Planning Council (MFPC), Ahli Persatuan Percukaian Malaysia (MATA), serta mempunyai tauliah mengajar Negeri Selangor di bawah MAIS.
MAIS yakin pelantikan Mohd Sabirin akan meneruskan kecemerlangan agensi itu serta memperkukuhkan lagi agenda memperkasa hal ehwal Islam di Selangor.
Dalam pada itu, MAIS turut merakamkan penghargaan kepada Ahmad Shahir atas sumbangan, kesetiaan dan khidmat bakti beliau dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang pelantikan sebagai Setiausaha MAIS bermula 16 Julai 2019 sehingga semalam.
Sepanjang tempoh tersebut, Dr Ahmad Shahir telah menerajui MAIS dengan penuh komitmen dan dedikasi, termasuk melaksanakan Pelan Strategik MAIS 2020-2024 yang meliputi semua jabatan hal ehwal Islam Selangor, agensi serta anak syarikat di bawah MAIS.
"Sumbangan khidmat Ahmad Shahir turut mengangkat nama MAIS ke peringkat antarabangsa sehingga MAIS menerima anugerah emas di International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) di Colombo Sri Lanka, selain pelbagai anugerah lain yang diraih oleh agensi dan anak syarikat MAIS," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami