Oleh : Afiza & Vee
Cristina Suzanne Stockstill, Aiman Hakim Ridza dan Sharifah Sakinah wajah musim baru selaras bakat, sedang viral dan rantaian best dressed list – Time for a new wave!

Untitled-1.jpg

Cristina Suzanne
Aktres hebat seperti Maya Karin dan Nur Fazura menamakan Cris sebagai the next big thing, seronok mendengarnya?
Gemuruh adalah, bukan seronok! Sangat bererti untuk Cris jika diberi pujian sebegitu, namun semua ini adalah satu tanggungjawab yang amat berat dan risau jika tidak bisa dipikul. Cris cuma mampu beri apa yang ada dalam diri sejujur mungkin. Everything is a learning process, Maya dan Fazura terlalu tinggi untuk beri kata pujian seperti itu, betulkah mereka bilang sebegitu atau you guys sengaja mahu usik? Nak hantar bunga dan coklat pada merekalah, hahaha...



Untitled-3.jpg

Sharifah Sakinah

Kina dilihat antara selebriti yang tak cepat melatah apabila dikecam di laman sosial. Apa
rahsianya menjadi sebegitu sabar dan tegar?
Selain mempunyai badan yang cergas, Kina juga mempunyai mental yang sihat. Selain menjadikan laman sosial tempat untuk bersosial, Instagram Kina juga adalah tempat untuk Kina cari duit. Jadi, buat apa Kina nak rosakkan tempat Kina cari rezeki dengan melayan komen-komen negative semacam itu? Kalau kita rasa mereka yang komen itu bodoh, buat apa nak letakkan taraf kita sama bodoh seperti mereka? Rahsianya, jadilah manusia yang happy dan tenang saja. Jangan serabutkan kepala.



Untitled-2.jpg

Aiman Hakim Ridza

Terakhir, Aiman punya hubungan terbuka sama Fathia dan ia diterima elok oleh peminat. It is a good thing for celebrities to have an open relationship?
Dalam hal ini, kami bertuah kerana sering menerima katakata semangat daripada peminat, namun apa sahaja perkara yang kita lakukan pasti ada consequences and circumstances, maka belajarlah untuk terima yang baik dan buruk. Kami berkongsi kerana ia adalah satu persahabatan yang indah dan tidak mahu menjadi buah mulut orang.