TEH FIRDAUS - antara figura penting yang terlibat dalam menyempurnakan Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei yang berlangsung selama 10 hari bermula 7 Januari sehingga acara kemuncak pada 15 Januari lalu.
Pereka fesyen muda berbakat besar ini ‘dilamar’ oleh Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah Adam untuk menghasilkan beberapa persalinan pada hari penuh bersejarah bersama suaminya, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.
Bagi menyingkap pengalaman penuh berharga itu, Astro AWANI secara eksklusif berpeluang menemubual pemuda berusia 33 tahun ini di butiknya yang terletak di Equine South, Seri Kembangan.
“Sebenarnya sampai sekarang saya masih tak percaya, yang saya dapat berjumpa dengan Dayang Anisha.
“Dapat menyiapkan beberapa pasang baju untuk beliau. Ia merupakan peluang keemasan dan saya rasa semua pereka fesyen mengimpikan (pengalaman sebegini),” kata Firdaus membuka bicara ketika ditanya mengenai perasaannya.
Pelanggan tetap ‘bawa tuah’ buat Firdaus
Firdaus atau nama sebenarnya, Muhammad Firdaus Awang Teh berkata, beliau mengenali Dayang Anisha menerusi seorang pelanggan tetapnya, yang tanpa disedari merupakan saudara kepada isteri Putera Mateen itu.
Benar kata pepatah, rezeki tidak salah alamat dan bertitik tolak daripada pertemuan pertama yang diatur di Brunei pada Jun 2023, Dayang Anisha mula ‘tertawan’ dengan sentuhan rekaan Firdaus.
“Sebenarnya individu yang menguruskan pertemuan ini memang selalu buat baju dengan saya sejak 2019.
“Dia ada hubungi saya mengatakan ada ‘seseorang’ di sana (Brunei) yang mahu berjumpa saya. Saya tidak tahu pun yang orang itu adalah Dayang Anisha. Sampai lah hari ketibaan saya di lapangan terbang, saya baru tahu yang saya akan bertemu dengan Dayang Anisha,” ceritanya lagi.
Pada hari pertemuan tersebut, graduan Rekaan Fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak ini mempamerkan ‘skil’ di hadapan Dayang Anisha dengan melakar beberapa rekaan busana.
‘Sentuhan magis’ tersebut membuatkan Dayang Anisha atau juga dikenali sebagai Anisha Rosnah Isa-Kalebic mula memberikan kepercayaan kepada Firdaus untuk menghasilkan setiap busana beliau.
“Baju yang saya buat untuk perjumpaan pertama kali merupakan baju untuk Dayang Anisha menghadiri majlis seperti perkahwinan.
“Daripada itu dan setelah beliau gembira dengan baju yang saya hasilkan, baru lah (dapat tempahan) baju-baju seterusnya,” ujar Firdaus.
Busana elegen, ‘effortless’ pilihan Dayang Anisha
Firdaus yang berasal dari Pendang, Kedah memberitahu, Dayang Anisha memintanya menghasilkan busana bagi istiadat perkahwinan beliau dengan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Oktober 2023.
Tugasan besar itu digalas dengan penuh kesungguhan dan ketelitian untuk menghasilkan tiga busana masing-masing bagi Majlis Khatam al-Quran; Majlis Mandi Berbedak; Istiadat Menghantar dan Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja; serta Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.
Firdaus meletakkan sepenuhnya ‘rasa cinta’ terhadap konsep elegan dan ‘effortless’ tetapi pada masa sama tampak 'classy'.
Ujar anak keenam daripada tujuh beradik ini, busana bagi Majlis Mandi Berbedak dan Istiadat Pertunangan mengambil masa paling lama untuk disiapkan iaitu sekitar tiga bulan berbanding dua lagi busana yang hanya memerlukan masa sebulan.
Dayang Anisha menggayakan baju kurung fabrik tenun tradisi Brunei dengan jahitan mutiara pada lengan dan kain pada Majlis Khatam al-Quran, sekali gus menyerlahkan lagi keanggunan cucu kepada Pehin Datuk Isa itu.
“Dayang Anisha ada memberi kebebasan untuk saya berkarya namun mesti menepati kriteria ‘clean looks’ dan elegan.
“Untuk baju bagi Majlis Berbedak Mandi, beliau telah memberi saya ‘French Lace’ yang beliau beli dan kita jahit seluruh ‘lace’ tersebut dengan menggunakan mutiara.
“Bagi akad nikah pula, majlis ini tertutup (untuk pengantin perempuan) dan kita hasilkan baju kurung yang ‘simple’ dengan perincian manik dan ‘lace’ di bawah baju dan tangan,” jelas Firdaus.
Ditanya mengenai cabaran menghasilkan busana pengantin diraja, Firdaus yang mengidolakan pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dan Alia Bastamam berkata:
“Sejujurnya cabaran itu tidak terlalu banyak selain ia lebih ke arah ketelitian.
“Ini kerana setiap baju yang dihasilkan memerlukan perincian dan masa yang agak lama untuk disiapkan. Kita jahit setiap mutiara menggunakan tangan satu demi satu sehinggalah ia siap.”
Selain Firdaus, Dayang Anisha turut menggunakan khidmat pereka fesyen tersohor dari Lubnan, Zuhair Murad bagi menghasilkan gaun serba mewah bagi Majlis Persantapan Diraja.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.
Mempelai pengantin diraja kemudian menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja berpangsung pada 15 Januari.
Potensi Industri fesyen negara
Minat yang mendalam terhadap dunia fesyen membuatkan Firdaus menukar bidang daripada Kejuruteraan Awam ketika di sekolah menengah kepada Rekaan Fesyen sebaik melangkah ke institusi pengajian tinggi.
Firdaus yang menamatkan pengajian pada 2013 memaklumkan beliau mengambil tempahan dari rumah pada permulaannya, selain menimba pengalaman dengan bekerja bersama beberapa pereka fesyen tempatan.
Selepas lima tahun, pemuda ini mengambil keputusan untuk membuka butik sendiri pada 2018 dengan label ‘Teh Firdaus’ - gabungan nama bapa (di depan) dan namanya.
Beliau mengakui tidak pernah membandingkan dirinya dengan pereka-pereka fesyen lain, sebaliknya mengagumi bakat yang dimiliki oleh setiap daripada mereka.
“Bagi saya di Malaysia sendiri begitu ramai golongan profesional khususnya dalam bidang seni dan rekaan.
“Cuma bagi saya mungkin mereka ini perlu lebih berani dan selesa berkarya walaupun di mana mereka bermula,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Firdaus akan turut mengeluarkan koleksi pakaian baharu sempena Aidilfitri, selain berhasrat untuk berkolaborasi dengan pereka fesyen lain pada masa akan datang.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 20 2024
Firdaus ditemui Astro AWANI di butiknya yang terletak di Equine South, Seri Kembangan, baru-baru ini - Gambar Astro AWANI
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[EKSKLUSIF] Teh Firdaus kongsi momen indah reka busana isteri Putera Mateen, Dayang Anisha
Firdaus mengenali Dayang Anisha menerusi seorang pelanggan tetapnya, yang tanpa disedari merupakan saudara kepada isteri Putera Mateen itu.