awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekspo Dubai 2020: Nilai perdagangan, pelaburan Malaysia cecah RM70 bilion - Perdana Menteri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
30/03/2022
10:50 MYT
Ekspo Dubai 2020: Nilai perdagangan, pelaburan Malaysia cecah RM70 bilion - Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd Tarid Sufian (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum Dubai. - Gambar BERNAMA
DUBAI: Malaysia telah melebihi sasaran potensi nilai perdagangan, pelaburan dan business leads berjumlah RM70 bilion secara keseluruhan bagi 26 program mingguan di Ekspo 2020 Dubai, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sewaktu memberi ucaptama di Majlis Apresiasi Ekspo 2020 Dubai hari ini, Perdana Menteri berkata, nilai tersebut diperolehi melalui 131 Memorandum Persefahaman atau Perjanjian Perkongsian.
Selain itu, beliau berkata, ia juga terhasil dari sesi pertanyaan perniagaan yang melibatkan sejumlah 4,558 mesyuarat, termasuk potensi padanan perniagaan.
“Untuk makluman, sebelum penyertaan di ekspo, Malaysia telah menetapkan sasaran untuk mencapai antara RM8 bilion hingga RM10 bilion bagi potensi peluang perdagangan dan pelaburan sepanjang enam bulan ini, berasaskan pencapaian Malaysia di Ekspo Astana, Kazakhstan pada tahun 2017.
“(Sebanyak) 452 buah syarikat dari Malaysia turut hadir untuk menyertai program perdagangan dan perniagaan yang dilaksanakan secara minggu bertema, mengetengahkan lebih daripada 10 industri, termasuk kesihatan, pendidikan, industri halal, pelancongan dan lain-lain,” katanya lagi.
BACA: PM singgah di Dubai untuk saksikan MoU libatkan syarikat Malaysia
Terdahulu, media melaporkan, Ismail Sabri singgah di Dubai pada Selasa dalam penerbangan pulang daripada lawatan rasmi tiga hari ke Qatar untuk menyaksikan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani yang dilihat mampu meningkatkan kerjasama antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.
Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata, tema Pavilion Malaysia iaitu ‘Energising Sustainability’ tercetus daripada Rancangan Malaysia Ke-12 yang menjadi pelan hala tuju lima tahun untuk Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi dan mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan.
Beliau berkata, pelan hala tuju tersebut berpaksikan tiga tema iaitu menetapkan semula ekonomi, mengukuhkan keselamatan, kesejahteraan dan keterangkuman serta memajukan kemampanan.
“Pavilion Malaysia telah menerima kunjungan lebih daripada 130 delegasi peringkat tinggi antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Angola, Arab Saudi, Australia, Argentina, Kemboja, Filipina, Greece, Guinea, Hungary, India, Iran, Ireland, Kesatuan Eropah, Kosovo, Kuwait, Mexico, Monacco, Montenegro, Myanmar, Namibia, Oman, Paraguay, Perancis, Rusia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Syria, Sharjah, Sweden, Switzerland, Thailand, UAE, UK dan Vietnam.
“Dalam meraikan kepelbagaian budaya, Pavilion Malaysia turut mengadakan pelbagai kerjasama kebudayaan termasuk dengan negara Angola, Arab Saudi, Argentina, ASEAN Pavilion, Australia, Brazil, India, Kemboja, Myanmar, Poland, Thailand, Vietnam dan United Kingdom,” katanya lagi.
Perdana Menteri dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas kejayaan penyertaan Malaysia dalam ekspo tersebut.
Katanya lagi, beliau difahamkan bahawa selain syarikat-syarikat Malaysia, syarikat-syarikat antarabangsa yang telah memberikan komitmen dan mempunyai minat untuk bekerjasama, juga hadir bersama-sama pada ekspo tersebut.
Topic Berkaitan
#Ekspo Dubai 2020
#Perdana Menteri
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan