awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM singgah di Dubai untuk saksikan MoU libatkan syarikat Malaysia

Bernama
Bernama
29/03/2022
18:41 MYT
PM singgah di Dubai untuk saksikan MoU libatkan syarikat Malaysia
Ismail Sabri disambut Mohd Tarid (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Dubai, 29 Mac 2022. --fotoBERNAMA
DUBAI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob singgah di sini pada Selasa dalam penerbangan pulang daripada lawatan rasmi tiga hari ke Qatar untuk menyaksikan beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani yang dilihat mampu meningkatkan kerjasama antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.
Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum pada pukul 6.35 petang waktu tempatan (10.35 malam waktu Malaysia).
Beliau yang diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah disambut Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai Mohd Hasril Abdul Hamid.
Perdana Menteri singgah di Dubai selepas lawatan rasmi tiga hari ke Qatar sejak Sabtu lepas.
Di Qatar, Ismail Sabri melawat Ladang Baladna dan Kemudahan Tenusu selain daripada Ladang Organik Agrico di Al-Khor, kira-kira 50 km dari Doha.
Beliau juga mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan keluarga Malaysia di Doha.
Awal hari ini Ismail Sabri diberi sambutan rasmi di Amiri Diwan dan selepas itu beliau menghadap Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
Perdana Menteri kemudian menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Amir Qatar sempena lawatan beliau.
Ini merupakan lawatan julung kali Ismail Sabri ke Qatar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada Ogos tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UAE
#ismail sabri yaakob
#MoU
#Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan