KUALA LUMPUR: Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.
Eksport barangan pertanian dijangka meningkat sebanyak 1.7 peratus disokong oleh permintaan lebih tinggi bagi minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit meskipun terdapat jangkaan impak minimum daripada fenomena El Nino.
Selain itu, laporan tersebut menyatakan perolehan eksport daripada barangan perlombongan diunjur berkembang sebanyak 2.9 peratus disumbangkan oleh peningkatan permintaan daripada pasaran utama khususnya gas asli cecair (LNG) (3.2 peratus) dan minyak mentah (2.8 peratus) serta harga tenaga global yang menggalakkan.
Dalam pada itu, import kasar diunjur berkembang sebanyak 4.9 peratus pada 2024 disumbangkan oleh permintaan lebih tinggi bagi barangan pengantara, barangan modal dan barangan penggunaan.
Import barangan pengantara dijangka meningkat sebanyak 5.2 peratus terutamanya disumbangkan oleh pengembangan sektor pembinaan yang didorong oleh projek infrastruktur dan utiliti strategik serta penyegeraan pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Sementara itu, import barangan modal diunjur berkembang sebanyak 5.1 peratus seiring dengan aktiviti pelaburan yang menggalakkan. Import barangan penggunaan pula dijangka meningkat sebanyak 4.1 peratus didorong oleh komponen makanan dan minuman.
Laporan itu memaklumkan, akaun semasa dijangka mencatat lebihan sebanyak RM62.2 bilion atau 3.2 peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK) pada 2024 disumbangkan oleh peningkatan berterusan dalam aktiviti ekonomi.Akaun barangan diunjur mencatat lebihan sebanyak RM174.9 bilion berikutan prospek pertumbuhan yang lebih baik dalam kalangan rakan dagang utama.
Pendapatan lebih tinggi dalam akaun pengangkutan, perjalanan dan perkhidmatan lain dijangka mengecilkan defisit dalam akaun perkhidmatan kepada RM35.9 bilion.
Terimaan daripada akaun pengangkutan diunjur meningkat kepada RM34.2 bilion disokong oleh pendapatan lebih tinggi daripada perkhidmatan pengangkutan udara dan pengendalian kargo yang disediakan oleh syarikat domestik.
Kebergantungan berterusan terhadap perkhidmatan pengangkutan asing pula dijangka menyebabkan peningkatan bayaran akaun pengangkutan kepada RM62.1 bilion berikutan aktiviti perdagangan yang memberangsangkan.
Pendapatan dalam akaun perjalanan dijangka meningkat kepada RM76.6 bilion disumbangkan oleh aktiviti pelancongan yang rancak pada 2024 berikutan peningkatan ketibaan pelancong dan perbelanjaan per kapita.
Sementara itu, bayaran dalam akaun perjalanan dijangka meningkat kepada RM53.8 bilion disebabkan oleh perbelanjaan residen di luar negara untuk perniagaan, pendidikan dan aktiviti keagamaan.
Akaun perkhidmatan lain pula dijangka mencatat defisit yang lebih besar sebanyak RM30.7 bilion disebabkan oleh bayaran yang lebih tinggi, selaras dengan pelaksanaan berterusan projek strategik dan aktiviti ekonomi yang lebih kukuh berikutan pengembangan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan.
Akaun pendapatan primer diunjur mencatat defisit lebih besar sebanyak RM58.5 bilion berikutan bayaran lebih tinggi oleh pelabur asing seiring dengan pelaksanaan aktiviti pelaburan.
Akaun pendapatan sekunder juga dijangka mencatat aliran keluar bersih sebanyak RM18.3 bilion terutamanya disebabkan oleh kiriman wang keluar yang lebih tinggi oleh pekerja asing, menurut laporan itu.
- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Import kasar diunjur berkembang sebanyak 4.9 peratus pada 2024 disumbangkan oleh permintaan lebih tinggi bagi barangan pengantara, barangan modal dan barangan penggunaan. - Gambar fail/Bernama
Penyerang Poland Milik terlepas Euro 2024
Pasukan Poland terpaksa beraksi di Euro 2024 tanpa penyerang bintang mereka, Arkadiusz Milik, yang disahkan terlepas kejohanan itu selepas mengalami kecederaan lutut.
Peniaga makanan dalam kawasan MPK dilarang guna bekas makanan stirofoam dan polisterin mulai 15 Julai
Peniaga makanan dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar dilarang menggunakan bekas stirofoam dan polisterin berkuat kuasa 15 Julai ini.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Jojo tewas buat kali pertama menentang jaguh Vietnam
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, membuktikan dirinya berkebolehan untuk beraksi di pentas tinggi namun terpaksa akur dan tewas di tangan peninju Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat.
PRK Sungai Bakap: PN umum calon 15 Jun - Sanusi
Perikatan Nasional akan mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 15 Jun depan.
Pelaburan syarikat besar, negara harus bersedia dengan tenaga mahir
Pelaburan daripada beberapa syarikat antarabangsa menjadi cabaran untuk Malaysia terutama dalam aspek meningkatkan kemahiran tenaga kerja.
PLUS aktifkan laluan kontra di Putrajaya-Elite bagi kerja penurapan
PLUS akan mengaktifkan laluan kontra di laluan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya (Lingkaran Putrajaya) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 10 hingga 12 Jun.
Mufti Besar Arab Saudi beri amaran tentang haji tanpa permit
Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyeru semua jemaah haji tahun 1445H untuk mematuhi arahan keselamatan dan rasmi dengan ketat.
Israel kesan nyamuk pembawa virus Nil Barat
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Alam Sekitar Israel mengumumkan pada Jumaat pengesanan nyamuk yang membawa virus Nil Barat.
AWANI Ringkas: Segera periksa lebuh raya retak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024 - Kementerian Kewangan
Eksport kasar diunjur meningkat sebanyak 5.1 peratus merentasi semua sektor pada 2024 berikutan prestasi perdagangan global dan prospek sektor komoditi yang bertambah baik.
SOP Thaipusam: Upacara kavadi tidak dibenarkan
Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat turut menetapkan prosedur operasi standard (SOP) perayaan Thaipusam dilaksanakan bermula pada 16 hingga 19 Januari.
Krismas: Upacara sembahyang dan koir dibenarkan, aktiviti berkunjung untuk yang lengkap vaksinasi
KPN dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP berkenaan akan dilaksanakan pada 24 dan 25 Disember 2021.
Had jemaah di masjid, surau Labuan kini dibenarkan separuh kapasiti - Jawi
Manakala bilangan jemaah bagi solat fardu dibenarkan separuh kapasiti dewan solat utama.
KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.
[KOLUMNIS] Kelesuan pandemik: Impak psikologi akibat pandemik yang berpanjangan
Penulis membangkitkan persoalan mengapa kes positif COVID-19 tidak menunjukkan penurunan ketara walaupun 'lockdown' hampir satu bulan.
Hanya 12 jemaah dibenarkan Solat Jumaat, solat fardu di Perak
Hanya 12 orang sahaja yang terdiri daripada pegawai masjid dan surau Jawatankuasa Kariah sahaja, dibenarkan untuk solat berjemaah di masjid dan surau berkuat kuasa solat Subuh esok.
KKM kesan 11 kluster baharu melibatkan tempat kerja, komuniti dan aktiviti keagamaan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 11 kluster baharu direkodkan sehingga jam 12.00 tengah hari pada Ahad.
PKP 3.0: Masjid, surau di Terengganu dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Antara aktiviti dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat dengan 40 jemaah lelaki sahaja.