ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan, sama ada cadangan untuk mengeksport daun ketum diluluskan atau sebaliknya, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata cadangan yang dibuatnya pada 16 Mac lalu, supaya kerajaan Persekutuan membenarkan Kedah mengeksport daun ketum untuk tujuan perubatan ke luar negara, khususnya Thailand itu, baharu diperingkat cadangan dan bukan diluluskan olehnya.
"(Apa) yang saya cadangkan sebelum ini, bukan saya lulus...dak...itu baru di peringkat cadangan sahaja, dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) akan sediakan kertas cadangan untuk dihantar kepada kerajaan Persekutuan.
"Kuasa untuk tentukan sama cadangan itu boleh atau tidak, hanya boleh diputuskan oleh kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri. Tetapi, ini merupakan satu solusi yang kita cadangkan supaya aktiviti penyeludupan daun ketum tidak lagi berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.
Muhammad Sanusi berkata kertas cadangan yang akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan itu, adalah untuk mengusulkan kaedah pelaksanaan eksport daun ketum ke luar negara.
"Ketum ini bukan baharu ditanam semalam, ia sudah ada di tempat kita sejak sekian lama lagi. Banyak penyeludupan ketum berlaku sebab permintaan tinggi dari negara luar, sehingga menyebabkan agensi-agensi penguatkuasaan negara banyak memberi fokus kepada aktiviti penyeludupan daun ketum ini," katanya.
Sementara itu, pada sidang media selepas sesi penggulungan itu, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri juga akan mengambil kira cadangan dan pendapat dari semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri, agensi penguatkuasa, pekebun dan mereka yang menanam ketum, dalam penyediaan kertas cadangan berkenaan.
"Tidak salah beri cadangan. Kalau cadangan itu tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan, kita akur dan akan hadapi situasi penyeludupan ini seperti sekarang, dan kalau ada perkara yang hendak digubal, kita boleh tunggu sehingga satu keputusan diberi.
"Tetapi, memang ada kebaikan eksport daun ketum ini daripada ia dibiarkan diseludup dan disalah guna. Sebenarnya, daun ketum itu tidak salah, yang salah apabila orang lain salah guna dengan memproses menjadikan bahan terlarang," katanya.
Tambahnya, sekiranya cadangan berkenaan diluluskan nanti, akan ada peraturan ketat yang perlu dikuatkuasakan, supaya tidak berlaku ketirisan dalam proses mengeksport daun ketum.
Persidangan DUN Kedah kali ini yang berlangsung selama empat hari mulai Ahad, ditangguhkan hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
Muhammad Sanusi berkata kertas cadangan yang akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan itu, adalah untuk mengusulkan kaedah pelaksanaan eksport daun ketum ke luar negara. - Gambar/ Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Banjir: Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim kembali beroperasi hari ini
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang ditutup akibat bencana banjir sejak 10 hari lalu, kembali beroperasi hari ini.
Amaran banjir di empat negeri dari 8 Disember sehingga 11 Disember - JPS
Ia berikutan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), pada Khamis.
Sisa jerami padi hasilkan produk kelestarian industri di peringkat global
Penghasilan 'emas hijau' atau produk pembungkusan terbiodegradasi yang diproses daripada sisa jerami padi di Gurun, Kedah dianggarkan mencecah nilai pasaran RM60 juta.
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri
Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre
KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.