awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat

Bernama
Bernama
28/03/2024
10:45 MYT
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Baginda melakukan tinjauan udara itu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.- Foto Facebook Kesultanan Pahang
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Kesultanan Pahang menerusi hantaran terbaru di laman Facebook memaklumkan baginda melakukan tinjauan udara itu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
"Keprihatinan Sultan Pahang terhadap rakyat jelata tidak perlu disangkal kerana keselesaan rakyat adalah keutamaan bagi baginda. Dalam kesibukan tugasan rasmi, baginda mengambil kesempatan meninjau paras air Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino," menurut hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Al-Sultan Abdullah sebelum ini menitahkan agar solat hajat dilaksanakan di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac.
Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah melaksanakan solat hajat khas selepas solat isyak sebelum solat tarawih bagi sama-sama mendoakan agar Allah SWT menurunkan hujan dan paras air sungai kembali normal.
Laman web Jabatan Meteorologi melaporkan daerah Rompin, Jerantut, Temerloh, Maran, Bera dan Raub merekodkan status cuaca panas tahap 1 iaitu berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Pahang
#El Nino
#Sungai Pahang
#surut
#solat hajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan