BERA: Kerajaan sedang mengkaji untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang guru ke perkampungan Orang Asli terpencil yang menghadapi masalah keciciran pendidikan awal dan sekolah rendah dalam kalangan masyarakat itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perkara itu sedang dipertimbangkan menerusi kajian di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pendidikan bagi mengurangkan jumlah peratusan mereka yang tercicir serta memastikan tiada anak-anak Orang Asli yang ketinggalan dalam pendidikan.
"Setakat ini, saya tidak tahu jumlah keciciran dalam pendidikan awal dan sekolah rendah, tapi yang pasti jumlah itu sudah berkurangan dan boleh dikatakan, hampir tiada.
"Kalau ada pun, peratusan sangat kecil dan ini mungkin disebabkan kampung mereka terlalu jauh dari sekolah, dan ada terpaksa tinggal di asrama pada usia 7 tahun. Tapi mereka tidak mampu berjauhan dengan keluarga.
"Jadi, cadangannya kita akan hantar satu atau dua orang guru untuk mengajar murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi memastikan tiada keciciran dalam kalangan orang Asli," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-23 dan Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), dekat sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Norolazali Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Datuk Mohd. Nor, Presiden POASM, Norya Abas dan Pegawai Daerah Bera, Datuk Zaman Azam Mohamad Sarif.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kemasukan pelajar ke sekolah menengah masih membimbangkan.
Katanya, ini mungkin disebabkan tiada sekolah menengah yang dibina di perkampungan Orang Asli tetapi bagi sekolah-sekolah tertentu, ada disediakan asrama bagi kemudahan mereka.
"Bagi sekolah menengah, ada disediakan asrama supaya mereka yang tinggal jauh dari sekolah itu boleh menetap di asrama. Kemudahan itu sudah ada.
"Kita masih mencari formula yang sesuaian untuk memastikan anak-anak Orang Asli ini tidak ketinggalan dalam pendidikan dan saya telah meminta semua Tok Batin memberikan kerjasama untuk menerangkan kepentingan pendidikan kepada masyarakat mereka," katanya.
Tambahnya, bagi pendidikan awal kanak-kanak juga telah naiktaraf dengan membuka Tabika Kemas meskipun pendaftaran murid hanya 10 orang walaupun kuota untuk membuka Tabika Kemas mesti 20 orang murid ke atas.
Katanya, apa yng penting akses kepada pendidikan awal itu dapat diberikan kepada seluruh masyarakat Orang Asli bagi memastikan tiada atau sifar keciciran pendidikan dalam pendidikan awal.
Azee Shafy
Fri Jun 10 2022

Ismail Sabri berucap ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Kali Ke 23 Sesi 2021/2022 hari ini. - Foto BERNAMA

3.78 juta ketibaan pelancong direkod di Thailand
Ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

'Saya tak harap jadi calon PRU15' - Altimet
Banyak kerja perlu difokuskan sebagai ketua cabang termasuk memikirkan strategi membantu jentera parti bersiap sedia menghadapi PRU15.

Mata malas atau ambliopia boleh pulih dengan pengesanan awal
Keadaan boleh dipulihkan dengan pengesanan awal serta rawatan sewajarnya untuk mengelakkan komplikasi masa depan yang teruk semasa dewasa.

Sapura Energy lupus tiga pelantar gerudi pada harga AS$8.2 juta
Sapura Energy berkata kesemua pihak telah memeterai memorandum perjanjian dengan pembeli pada 18 Ogos 2022.

Penjual ayam maut, motosikal dirempuh kereta
Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

COVID-19: 3,490 kes baharu, 6 kematian dicatat
Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 42,767 dan 96.4 peratus atau 41,212 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

AWANI Global: Realiti satu tahun pentadbiran Taliban
Setahun pentadbiran Taliban, Emiriah Islam Afghanistan masih bergelut mendapatkan pengiktirafan dunia. Walaupun tahap keselamatan bertambah baik, cabaran dalam tadbir urus ekonomi dan sosial masih jauh ketinggalan. Ikuti diskusi dan analisis Abdul Hai Qanit mengenai pentadbiran Taliban setelah penubuhan Emiriah Islam Afghanistan setahun yang lalu.

AWANI Pagi: Pengisian merdeka bermula dari rumah
Kurang dua minggu sahaja lagi, kita akan menyambuat Hari Kebangsaan 31 ogos 2022, pastinya kehangatan menyambut itu semakin di rasai. Dengan konsep sambutan kali ini temanya: 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'