awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak penyebaran COVID-19, LSS perlu periksa perjalanan keluar masuk ke Kapit - Masing

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
11/06/2021
08:15 MYT
Elak penyebaran COVID-19, LSS perlu periksa perjalanan keluar masuk ke Kapit - Masing
Masing kecewa apabila timbul isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pengguna bot laju dan bot panjang. - Foto Astro AWANI
KUCHING: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) digesa untuk menjalankan pemeriksaan terhadap pengguna pengangkutan air yang keluar dan masuk ke daerah Kapit bagi mengelak sebarang risiko penyebaran COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata LSS perlu menjalankan peranan sebagai penguatkuasa di laluan air seperti apa yang dilakukan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
"PDRM melakukan tugas mereka dalam melaksanakan sekatan jalan raya masuk dan keluar dari Kapit.
"Mereka telah berjaya menjalankan tugas tersebut walaupun terdapat pelbagai muslihat yang sering digunakan oleh pengguna kenderaan untuk melepasi sekatan jalan raya," katanya dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.
Bagaimanapun, kata Masing apa yang lebih teruk apabila timbul isu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan pengguna bot laju dan bot panjang.
“Semasa berada di Kapit tiga hari lepas, saya dapati ada pelanggar SOP melibatkan pengguna bot laju dan bot panjang yang datang dan keluar dari bandar Kapit tanpa sebarang tindakan diambil terhadap mereka.
“Polis tidak mempunyai kuasa untuk menahan pengguna sungai ini, tetapi LSS perlu mengambil tindakan terhadap mereka,” ujarnya.
Justeru Masing meminta Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan LSS untuk memeriksa pengguna sungai termasuk tujuan perjalanan seperti garis panduan yang digunapakai polis.
“Pengguna sungai yang tidak patuh SOP yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak perlu diperiksa kerana mereka boleh menjadi penyebar COVID-9 ke Kapit dan rumah panjang di sekitarnya,” tegas Masing.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#PDRM
#Sungai
#Lembaga Sungai-sungai Sarawak
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Sekatan Jalan Raya
#James Jemut Masing
#bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan