KUCHING:Rakyat Sarawak dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan perjalanan keluar dari negeri itu jika tiada urusan penting.

Nasihat berkenaan dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu sejak dua minggu lepas.

Daripada 40 kes yang direkodkan sejak 14 hari lepas, tujuh adalah kes kes import (A) iaitu dari luar negara.

Manakala 22 kes lagi adalah kes import (B) iaitu dari negeri lain dengan 16 kes adalah dari Sabah.

"Sehubungan itu JPBN ingin menasihati kepada semua rakyat Sarawak, untuk mengelak daripada melakukan perjalanan keluar dari Sarawak sekiranya perjalanan tersebut tidak perlu khususnya pada bulan Oktober ini," kata Uggah dalam sidang media harian JPBN Sarawak di sini.

Sepanjang tempoh yang sama 11 kes tempatan (jangkitan dalam negeri) direkodkan dengan enam daripadanya adalah kontak daripada kes import.

Baca: 10 kes baharu, COVID-19 di Sarawak kini cecah 742 kes