awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Elak projek terbengkalai, pemaju harus ambil risiko komersial' - KRI

Faida Rahim
Faida Rahim
28/03/2023
14:23 MYT
'Elak projek terbengkalai, pemaju harus ambil risiko komersial' - KRI
Dengan sistem jual dan baru bina, pemaju menyerahkan risiko komersial kepada pembeli. Ini sangat salah.- Facebook / DurianAsean.com
KUALA LUMPUR: Tiada masalah untuk syarikat pemaju untuk menjana keuntungan dalam penjualan rumah namun syarikat perlu berani mengambil risiko komersial.
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI) Dr Suraya Ismail menegaskan agar pihak pemaju lebih bertanggungjawab dengan tidak meletakkan risiko ke atas tangan pembeli sepenuhnya.
Dr Suraya bercakap mengenai peranan jawatankuasa selesai projek 'sakit' secara berkesan dalam program Pantau Agenda Reformasi hari ini.
“Bagi saya tidak ada masalah kalau pemaju nak buat business. Biasalah orang bisnes, mereka nak jana keuntungan. Tetapi bila kita ambil atau buat business or commercial, kita mesti ambil the commercial risk. Kita tidak boleh serahkan risiko kepada pembeli.
"Dengan sistem jual dan baru bina, pemaju pass all the commercial risk kepada pembeli. Ini sangat salah. Then dia punya justifikasi adalah kalau kita bina dulu baru jual maka harga akan naik...tak apa lah naik sikit sedangkan sekarang pun harga mahal juga.
“Bagi saya dalam apa jua jenis perniagaan, bila kita nak menjual kita sebagai penjual mesti assumed that commercial risk. Kita tak boleh bagi dekat orang. Itu salah dari segi peradaban dan salah di sisi undang-undang,” katanya.
Tambah Dr Suraya, cara jual dan bina kemudian menyebabkan banyak kes perumahan terbengkalai dan perkara ini hanya dilihat berlaku di Malaysia dan Singapura.
“Di Malaysia kita membenarkan cara ini dan sebab itu kita ada projek terbengkalai dan segala macam. Sebab kita membenarkan sistem ini dan sistem ini juga penuh dengan pemainnya termasuk pihak perbankan yang suka sistem ini, kita ada liquidator yang akan masuk apabila projek terbengkalai dan jual balik projek,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Suraya mencadangkan kepada Kerajaan agar Task Force diberi metriks agar masalah dapat ditangani bersama antara kerajaan negeri dan persekutuan dan dapat diselesaikan dalam kadar segera.
Pantau Agenda Reformasi: Peranan Jawatankuasa selesai projek 'sakit' secara berkesan
Topic Berkaitan
#Khazanah
#syarikat pemaju
#Dr Suraya Ismail
#projek rumah terbengkalai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan