PORT DICKSON: Elaun kursus anggota sukarelawan penyelamat pantai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dinaikkan RM40 sehari dengan implikasi kewangan RM1.8 juta setahun bermula awal bulan ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata penambahan kadar elaun itu memanfaatkan lebih 10,000 sukarelawan APM di negara ini.
Beliau berkata kali terakhir kadar elaun itu disemak adalah pada 1970 dengan jumlah RM5 sehari dan ia selaras dengan penambahbaikan APM dalam aspek pengukuhan organisasi, kompetensi dan insani.
"Walaupun kerajaan menghadapi masalah kewangan, APM melihat wajar dinaikkan kerana kali terakhir elaun kursus sukarelawan penyelamat pantai ini disemak pada 1970, hanya RM5 sehari.
"Kursus ini penting kerana kita mahu sukarelawan ini naik taraf kemahiran. Mengikut statistik, dalam tempoh lima tahun ini anggota sukarelawan telah menyelamatkan 461 nyawa melibatkan kes lemas di pantai," katanya ketika berucap pada majlis penutup Civil Defence Beach Lifeguard Challenge (CDLC) Peringkat Kebangsaan 2023 di Pantai Batu 5, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed.
Dalam pada itu, Armizan berkata kementerian akan mengemukakan kepada kerajaan berkenaan keperluan mewujudkan perjawatan kontrak dalam APM bagi memperkukuh peranan agensi itu sebagai urus setia jawatankuasa pengurusan bencana di daerah dan negeri.
"Pengurusan bencana ini bergerak atas tiga lapisan jawatankuasa, iaitu di peringkat pusat, negeri dan daerah. Bagi negeri dan daerah, urus setia sekretariat kepada pengurusan bencana ialah APM," katanya.
Beliau berkata perjawatan kontrak itu penting untuk diwujudkan kerana melibatkan tugas seperti merekod aset APM yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Pada program hari ini, sebanyak 402 penyertaan terdiri daripada 15 kontinjen APM negeri, tiga pasukan agensi luar dan lima pasukan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA).
Program itu merupakan inisiatif APM bagi mengenal pasti tahap kemahiran dan kecergasan serta semangat berpasukan dalam kalangan anggota penyelamat pantai APM serta memperkasakan prosedur dan tanggungjawab petugas penyelamat setaraf profesional.
Antara acara diadakan ialah beach sprint, beach flag, run-swim-run, surf board relay, Rigid Inflatable Boat Race, ocean endurance dan rescue tube race.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Armizan berkata penambahan kadar elaun itu memanfaatkan lebih 10,000 sukarelawan APM di negara ini. - Gambar fail/Bernama
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Rampasan seleweng barang kawalan diesel cecah RM47 juta - Armizan
Sebanyak 2,206 kes berkaitan salah guna barang kawalan diesel dicatatkan sejak Januari 2022 hingga Oktober lalu.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan dalam Op Tiris 3.0 - Armizan
Sebanyak RM87.03 juta nilai rampasan direkodkan menerusi Op Tiris 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jan hingga 22 Nov lepas.
KPDN lantik lebih 2,000 peruncit, pemborong untuk pastikan bekalan hadapi MTL
Langkah itu antara pelan kontingensi banjir bagi memastikan bekalan keperluan mencukupi, mudah diperoleh serta dijual pada harga ditetapkan.
Sindiket minyak masak subsidi tumpas, 15 ditahan di Selangor
Sejumlah 14,340 kg minyak masak bersubsidi disita, ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container.
Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pihaknya sudah mengeluarkan notis dibawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipercatutan 2011(AKHAP 2011) kepada persatuan itu.
Tidak perlu tunggu PRN Sabah untuk jalin kerjasama dengan GRS - Armizan
Mana-mana pihak yang ingin menjalin kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak perlu menunggu Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).