KUALA LUMPUR: Kerajaan membelanjakan RM622.88 juta bagi pembayaran elaun sara hidup nelayan sejak 2008 hingga 2022, dalam usaha membantu meringankan beban golongan itu menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata elaun itu, yang diperkenalkan 2008, menyaksikan nelayan laut menerima RM300 sebulan dan RM250 sebulan bagi nelayan darat.
"Sementara itu bagi skim subsidi diesel, nelayan boleh mendapatkan diesel dengan harga RM1.65 seliter dan bagi tempoh 2018 hingga 2022, nilai subsidi direkodkan berjumlah RM3.61 bilion, satu angka besar," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (PN-Sungai Besar) yang mahu tahu jumlah bantuan sara hidup yang disalurkan kepada nelayan di setiap negeri dari 2018 hingga 2022.
Mohamad berkata kerajaan turut membelanjakan RM74 juta bagi pembayaran Insentif Hasil Tangkapan Nelayan sejak 2018 hingga tahun lepas yang memberi manfaaat kepada 29,529 nelayan.
Sebanyak RM7.5 juta pula dibelanjakan bagi tempoh 2018 hingga 2022 bagi Skim Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan, bertujuan memberi sumbangan segera kepada nelayan ditimpa kemalangan, kemusnahan atau kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa, kata Mohamad.
Pada tahun ini, katanya RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanaan skim berkenaan yang mula dilaksanakan 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Kerajaan pertimbang kenaikan ESHN jika pendapatan negara bertambah
Kerajaan akan mempertimbang kenaikan kadar Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang kini sebanyak RM300 sebulan sekiranya pendapatan negara meningkat pada masa hadapan.
LKIM cadang Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan kepada RM500
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berharap Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) dapat dinaikkan dari RM300 kepada RM500, kata Pengerusinya Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Lebih RM42 juta bantu nelayan dalam lima bulan pertama tahun ini
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan ll, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata elaun bulanan sebanyak RM250 itu disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).