awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk akan ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat

Amanz
Amanz
13/11/2024
03:15 MYT
Elon Musk akan ketuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat
Bagaimana Elon Musk akan melakukan tugas di DOGE masih menjadi tanda tanya kerana beliau sudahpun mengepalai Tesla dan SpaceX. - Foto fail/REUTERS
TRAJEKTORI kerjaya Elon Musk kini melibatkan penglibatan dalam pengurusan kerajaan pula apabila beliau dan Vivek Ramaswamy dilantik untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) pagi ini.
Pengumuman dilakukan oleh bakal presiden Donald Trump dengan DOGE akan menjadi lembaga penasihat luaran bagi meningkatkan produktiviti penjawat awam.
Semasa masih berkempen sebagai calon presiden parti Republican, Ramaswamy bercadang memotong 70 peratus penjawat awam yang menurut beliau ialah antara sumber pembaziran.
Musk juga membuang majoriti kakitangan Twitter sejurus selepas mengambil alih platform media sosial kerana juga dikatakan membazir.
Antara langkah lain yang akan dilakukan DOGE bagi meningkatkan kecekapan ialah memotong perbelanjaan yang dirasakan membazir dan mengurangkan peraturan yang dikawal kerajaan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Trump, beliau melihat usaha DOGE sebagai Projek Manhattan untuk generasi semasa.
Bagaimana Elon Musk akan melakukan tugas di DOGE masih menjadi tanda tanya kerana beliau sudahpun mengepalai Tesla dan SpaceX serta terlibat secara aktif dengan pengurusan X walaupun syarikat mempunyai CEO.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Elon Musk
#DOGE
#pengurusan kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan