Empat anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Besut ditahan polis pada Rabu bagi membantu siasatan susulan kematian sukarelawan Perhilitan akibat terkena letupan senapang patah pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Zulkifli Mat Deris berkata lima lelaki berkenaan termasuk mangsa, Kamarul Zaman Mat Ali, 58, pergi menjejaki gajah liar di Kampung Pelong pada pukul 10 pagi Selasa.
Difahamkan mereka membawa senjata jenis 'Baretta Auto Loaded' ke dalam hutan dan kemudian meletakkan senjata tersebut di dalam kenderaan Hilux secara menegak yang dinaiki mereka sejurus selepas menembak seekor babi hutan yang dijumpai mereka dalam perjalanan.
"Bagaimana pun pada kira-kira pukul 11.55 malam, senjata tersebut meletup secara tiba-tiba semasa kenderaan tersebut bergerak lalu terkena mangsa yang berdiri di bahagian belakang kenderaan tersebut.
"Peluru tersebut mengenai dada dan lengan mangsa, bagaimanapun rakan mangsa yang lain termasuk yang berdiri di sebelahnya tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu oleh rakan-rakannya untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.
Kesemua rakan mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
Mangsa dibawa ke Hospital Setiu oleh rakan-rakannya untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan. - Gambar hiasan
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh babi hutan
Empat sekeluarga cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan akibat merempuh seekor babi hutan di Jalan Muar-Parit Sulong di sini, tengah hari tadi.
Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu
Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan
Penduduk tidak pernah melihat kemunculan babi dengan jumlah yang banyak dan kerap sepanjang lebih 50 tahun tinggal di kampung itu.
Wabak Demam Babi Afrika dikesan di Bidor, Sungkai, Jerantut
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.
Kecoh dibuatnya, babi sesat di Persiaran Gurney!
Kehadiran seekor babi hutan sesat di kawasan Persiaran Gurney, Pulau Pinang mencemaskan orang ramai di sekitar kawasan itu pada Jumaat.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
Rimas! Penduduk Rom tidak tahan lagi saban tahun diancam babi hutan
Wilayah Lazio di Rom sahaja dianggarkan terdapat antara 5,000 hingga 6,000 ekor babi hutan di taman awam.
Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak
Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan yang dilepaskan rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, dekat sini, semalam.
Kemaluan dipotong, dicampak selepas dituduh cuba merogol anak buah
Mengerikan! Seorang lelaki berdepan detik negeri apabila kemaluannya dipotong oleh dua lelaki kemudian diberi makan kepada beberapa ekor babi hutan.