PETALING JAYA: Sembilan lagi individu ditahan susulan tangkapan empat anggota polis selepas disyaki bersubahat dengan sindiket mencuri kabel telekomunikasi milik Telekom Malaysia (TM).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.
"Berdasarkan maklumat, sehari selepas kejadian, kita menahan sembilan individu termasuk seorang lelaki warga asing berusia 20 hingga 40-an secara berasingan di lima lokasi sekitar Lembah Klang.
"Kesemua tangkapan itu susulan laporan wakil TM memaklumkan terdapat kerosakan talian telefon dan data di daerah ini.
"Kita mendapati dua batang kabel bawah tanah sepanjang kira-kira 40 meter telah dipotong dan dicuri, dengan anggaran kerugian mencecah RM100,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.
Beliau berkata, pihaknya merampas dua MPV, sebuah kereta jenis BMW, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger, sebuah kereta Honda Civic dan sebuah lori yang digunakan untuk aktiviti terbabit.
"Kita turut merampas 11 telefon bimbit, satu guni yang mengandungi pelbagai wayar tembaga yang telah di bakar, sebuah buku hasil jual beli dan dua keping resit," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, semakan mendapati lapan individu yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan kes dadah.
"Suspek turut mengaku terlibat dua kes kejadian kecurian kabel TM di daerah Petaling Jaya, kesemua suspek ditahan reman sehingga semalam.
"Kita turut mengesan dua suspek lagi bagi membantu siasatan, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 26 2023
Mohamad Fakhrudin menunjukkan kenderaan yang dirampas selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Pegawai kadet TLDM jadi 'target' pegawai semasa latihan
Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa, mendiang J. Soosaimanicckam menjadi target (sasaran) pegawai-pegawai semasa mangsa menjalan
Kerajaan komited ke arah pembukaan semula sempadan Wang Kelian - Saifuddin
Kerajaan komited dalam usaha membuka semula Zon Aliran Bebas di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Wang Kelian yang dimansuhkan sejak 2015.
Jemaah haji terkandas: TH tidak terima laporan rasmi setakat ini
Lembaga Tabung Haji (TH) setakat ini tidak menerima laporan rasmi berhubung kejadian rakyat Malaysia terkandas di Makkah dan Madinah akibat terpedaya dengan pakej haji menggunakan visa pelancong.
PM India Narendra Modi bertanding di kerusi Parlimen Varanasi
Pengundian akan diadakan di Varanasi pada 1 Jun dalam fasa terakhir pilihan raya umum yang berlangsung selama tujuh minggu.
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.
BAM iklan jawatan kosong: Kedudukan tiga jurulatih perseorangan lelaki dalam bahaya?
Persoalan itu timbul selepas BAM mengiklankan di Facebook mengenai pencarian tiga jurulatih perseorangan lelaki untuk skuad senior, hari ini.
Helah tiga lelaki menyamar polis undang padah
Polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan.
Warga JB terkejut aksi kejar-mengejar di lebuh raya, 3 suspek akhirnya dicekup polis
Polis berjaya menahan tiga suspek termasuk seorang wanita selepas aksi kejar mengejar dengan suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda Civic di Lebuhraya Pasir Gudang.