[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Empat anggota tentera nyaris maut dalam kemalangan

Bernama 10/07/2017 | 00:45 MYT
Jip itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan kereta pekerja kilang. - Gambar hiasan
Empat anggota tentera nyaris maut apabila kenderaan jip yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pekerja kilang di KM65, Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 3 petang tu, pengawai dan anggota tentera itu serta lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Viva mengalami kecederaan dan kesemua mangsa berusia antara 26 dan 37 tahun itu dihantar ke Hospital Kluang untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham, berkata ketika kejadian, anggota tentera tersebut dari Kem Mahkota di sini dalam perjalanan ke Tanjung Sepang, Penggerang, untuk menjalankan operasi.
"Sampai di lokasi kejadian, jip itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan kereta pekerja kilang itu sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kiri jalan," katanya dalam kenyataan di sini.
-- BERRNAMA
#Jalan Kota Tinggi-Kluang #kemalangan #Mohamad Laham #nyaris maut #tentera