awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu anarkis dianggap cuba mencari perhatian

Adli Effendy
Adli Effendy
16/02/2015
13:18 MYT
Empat individu anarkis dianggap cuba mencari perhatian
Empat individu anarkis berkenaan dilihat turut memegang potret seorang wanita yang menyerupai pelakon, Nora Danish.
Muat naik video ugutan ke atas Mahkamah Negara di akaun YouTube 'Isis Malaysia 69' hari ini telah mengundang pelbagai reaksi oleh pengguna media sosial. Empat individu anarkis mengugut untuk mengadakan bantahan dengan menyerang mahkamah seluruh Malaysia menggunakan mercun pada hari Rabu ini, jam 11.30 malam sebagai tanda protes. Mereka bertindak demikian kerana mendakwa tidak lagi mempercayai sistem demokrasi negara.
Amaran untuk meletupkan Mahkamah Malaysia: http://t.co/c7ywBRVjhs— Aku Diraf (@AkuDiraf) February 16, 2015
Warga media sosial walaubagaimanapun tidak menganggap video itu sebagai satu ancaman serius. Malah ada yang menanggap empat individu tersebut hanya cuba mencari perhatian.
Amboi, kemain lagi siap nak letup2kan Mahkamah bagai ni? Kalau berani sangat tunjuk la muka tu
— Amirul (@Aseghaff_) February 16, 2015
Ha.Ha.Ha...nk letupkan mahkamah m'sia guna botol kicap bubuh minyak tanah?ingatkan nk guna C4.sudah la.jgn main wayang lg. #rakyatbukanbodoh
— KHAIRUL ANUAR NASIR (@khairulmdnasir) February 16, 2015
Rase nak gelak tengok video ala2 ISIS Malaysia ugut nak letupkan mahkamah tu. Bukan apa, sebab dia pegang gambar Nora Danish smbil ugut. /p>— (@SNSyamimiMS) February 16, 2015
Pada rakaman sepanjang satu minit dua saat itu, empat individu anarkis berkenaan dilihat turut memegang potret seorang wanita yang menyerupai pelakon, Nora Danish. Susulan itu, pelakon berkenaan telah membuat laporan polis dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
Video Ugut Serang Mahkamah: Nora Danish Lapor Polis @Nor4Danish #mstaronline http://t.co/e5HAy8xTmipic.twitter.com/T40vmvZQJg
— mStar Online (@mstaronline) February 16, 2015
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam reaksinya berkata polis akan menyiasat kumpulan yang terlibat dengan video itu.
Menurut beliau, sesiapa yang cuba menggugat keamanan dan ketenteraman akan menerima padahnya.
Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Topic Berkaitan
#isis malaysia69
#Khalid Abu Bakar
#Nora Danish
#polis
#Twitter
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan