Empat individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih RM32 juta pada 2015 dan 2016.

Keempat-empat pertuduhan membabitkan bekas pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pengarah syarikat swasta.

Keempat-empat mereka didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Tertuduh pertama, seorang pembantu teknikal Ahmad Ashraaf Kamarul Zaman mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu, tertuduh didakwa menerima wang hasil dr aktiviti haram antara 4 Mac sehingga 21 April bernilai RM456,435, RM461,092.50 dan RM534,891.52 masing-masing ke dalam akaun Oceanbase Armada Sdn. Bhd.

Sementara, pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima RM50,500 ke dalam akaun miliknya pada 12 Februari 2016

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin dan mentapkan 20 Ogos ini bagi sebutan semula kes

Tertuduh kedua, Yong Mee Lan pula dituduh menerima wang hasil bernilai RM226,000 ringgit melalui keping cek pada 26 Mac dan 27 Julai 2015

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan

Madihah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 dan 20 Ogos ini sebutan semula kes.

Di kamar berlainan, tertuduh Jamsari Abdul Rahim mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan menerima wang hasil dari aktiviti haram bernilai lebih RM6 juta.

Hakim, Azura Alwi menetapkan wang jaminan sebanyak RM270,000 dengan seorang penjamin dan 20 Ogos bagi sebutan semula kes.

Di kamar sama, Jamsari dan Mee Lan turut dituduh terlihat dalam aktiviti pengubahan wang haram dalam sekeping cek bernilai RM13 juta pada bulan Julai 2015.

Dalam pada itu, di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 pula, suami Mee Lan turut dituduh menerima wang berjumlah lebih RM6 juta di akaunnya di pada 4 dan 5 Februari 2016.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun daan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.