awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu dikompaun RM10,000 langgar SOP di Sibu

Bernama
Bernama
13/03/2021
15:35 MYT
Empat individu dikompaun RM10,000 langgar SOP di Sibu
Tiga lagi yang dikompaun merupakan pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan. - Gambar hiasan
SIBU: Empat individu dikenakan kompaun RM10,000 masing-masing selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19 dalam satu operasi pemantauan di Bandar Baru Sibu Jaya di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mereka yang dikompaun termasuk seorang wanita berusia 23 tahun yang tidak memakai pelitup muka.
Tiga lagi merupakan pemilik premis, iaitu dua kedai gunting rambut dan satu kedai makan.
Pemilik kedai makan, iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun, dikompaun selepas gagal menyelia dan mengawal pergerakan keluar masuk pelanggan, sementara dua pemilik kedai gunting, iaitu seorang wanita berusia 67 tahun dan lelaki, 32 tahun, didapati tidak menggunakan sarung tangan dan apron pakai buang, katanya.
Pada 11 Mac lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata nilai kompaun bagi pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 yang dikuatkuasakan menerusi pewartaan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sibu
#COVID-19
#Ordinan Darurat
#denda
#RM10000
#sop pkp
#Stanley Jonathan Ringgit
#polis
#pelitup muka
#kedai gunting rambut
#Kedai makan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan